Esok Krismas.
Banyak gila memori aku dengan arwah isteri waktu cuti Krismas ni. Tadi aku belek-belek album sambil mengenang waktu dok negara omputih dulu, tengok depa sambut Krismas.
Tapi sebenarnya aku rindu wife aku.
Krismas adalah waktu yang kami banyak habiskan berdua sebab cuti lama sikit. Lagipun asyik berkurung jer, tak lalu nak keluar sebab sejuk yang melampau. Lepas beberapa tahun kami habiskan cuti Krismas bertiga pulak.
Khaleef lahir 2 minggu selepas Krismas, ketika cuaca sejuk beku di luar.
Terjumpa tadi gambar cuti Krismas, waktu Khaleef setahun. Waktu tu masih comel, masih geram nak cubit-cubit. Tak macam sekarang, rasa macam nak luku-luku jer.
Christmas Eve (malam sebelum Krismas) macam ni, jiran-jiran kami di Frankfurt dulu meriah lah. Diorang makan besar macam orang Cina sambut Tahun Baru. Semua keluarga berkumpul.
Kami pernah juga dijemput makan malam time Christmas Eve ni. Itulah dinner yang paling panjang dalam hidup aku. Duduk di meja, makan dan bersembang dari jam 7.30 malam sehinggalah jam 11.00 malam.
Kebaih pungkoq oihhh.
Oh ya, waktu Maghrib pada cuti Krismas pada tahun itu adalah pada jam 4.25 petang.
Begitulah.
Happy Christmas buat semua rakan-rakan dan follower saya yang beragama Kristian.
Selamat bercuti.
Leave A Reply