• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Mind Your Language

05/06/2021

Ada orang tanya, anak-anak aku tak cakap Melayu ke? Tak reti ke?

Alhamdulillah, anak-anak aku fasih bercakap Melayu dan fasih berbahasa Inggeris. Boleh keduanya. Depa boleh switch bila bercakap dengan orang, bergantung bahasa apa korang cakap dengan depa.

Kat sekolah memang depa cakap Melayu jer.

Cuma di rumah, pertuturan harian memang 100% Inggeris.

Bangga ke? Tak aih. Ia cumalah bahasa pertuturan.

Namun, ia datang bersama kelebihan. Banyak kelebihan bila pandai berbahasa asing terutamanya bahasa Inggeris. Ia bukan menunjukkan anak itu pandai, tetapi kebolehan. Kebolehan ni “can go a long way.”

Anak-anak kecil dia macam span, mudah serap. Bila dia boleh berbahasa maka dia ada kebolehan menaakul, boleh faham lebih baik berbanding jika satu bahasa sahaja.

So, soalan kerap ditanya, bagaimana anak-anak aku boleh belajar dan fasih berbahasa Inggeris?

Kena mula sejak dia kecil lah. Seawal baby lagi.
Amalkan OPOL (One Parent One Language).

OPOL adalah kaedah paling mudah dan popular untuk ajar anak bercakap lebih dari satu bahasa. Kaedah dia mudah, mak cakap satu bahasa dan ayah cakap satu bahasa dengan anak-anak. Itu sahaja.

Nak cakap dengan mak mesti English, cakap dengan ayah mesti Melayu. Jangan campur-campur, tetapkan dan jadikan disiplin. Kena kekalkan begitulah sampai depa betul-betul dapat kuasai bahasa tu.

Kalau mak mahir Mandarin dan ayah mahir Arab maka lagi bagus. Boleh dapat 3 bahasa terus. Bahasa Melayu dia akan pickup dari kawan-kawan di mana masuk sekolah hampir 90 pertuturan harian dia adalah dalam bahasa Melayu.

So, akhirnya anak akan kuasai terus 3 bahasa.

Aku ni one parent jer, so aku kena buat pilihan.

So aku pilih English, sebab aku tau, bahasa Melayu depa akan mudah sangat pickup kat sekolah melalui kawan-kawan. English susah sikit sebab mostly pertuturan harian di sekolah adalah Melayu, jadi bila kurang praktis bertutur maka jadi tak mahir.

So, untuk dia mahir bahasa Inggeris, aku kena jadikan bahasa tu first language dia dn eventually bahasa Melayu dia akan pickup later.

Alhamdulillah, pandai jer budak bertiga tu cakap Melayu.

Macamana nak praktis, nak ajar English jika mak ayah sendiri tak pandai?

Kena dedahkan anak-anak dengan bahan bacaan dan tontonan berbahasa Inggeris. Dari kecik kalau buka kartun maka bagi kartun English, kalau beli buku beli buku English. Maksudnya semua bahan mesti dalam English.

Budak-budak ni sangat laju dan pantas dalam belajar bahasa. Jangan tunggu dah besar, dia dah susah sikit. Bagi aku dalam umur 1-6 tahun adalah masa paling sesuai. Dah masuk sekolah maka payah sikit. Bukan tak boleh tapi lambat.

Bahasa ni kena praktis bercakap. Kena bercakap setiap hari dan selalu. Kalau anak mula belajar di sekolah, sehari belajar bercakap 30 minit dan hanya di sekolah sahaja maka ia akan ambil masa yang sangat lama untuk mahir.

Aku bukan nak promote suruh korang ajar anak cakap omputeh. Aku hanya jawab pertanyaan dan bagitau kaedah apa yang aku buat.

Aku orang melayu, cakap Melayu, tulis semua buku-buku aku sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Tulis kat FB ni jer macam ada terselit English sana-sini. Aku sayang bahasa aku, aku bangga dengan bahasa aku. Duduk Jerman dulu pun aku cakap jer Melayu bila aku tak tau atau lupa word Jerman, so depa terus tukar cakap English.

Tapi aku nak anak-anak aku mahir bahasa lain juga selain bahasa dia sendiri. Aku nak depa bertiga ni dapat belajar pelbagai ilmu dengan mudah. Banyak bahan ilmu dalam bahasa Inggeris. Aku juga nak depa ni jelahah tengok dunia, bahasa Inggeris juga sangat membantu bila travel.

Sekarang aku perkenalkan bahasa lain lagi untuk depa, bahasa Jerman dan bahasa Jepun. Bagi depa start kenal huruf, nombor dan perkataan asas dahulu.

Aku tengah belajar bahasa Arab ni. Nanti pandai baru boleh ajar anak-anak pulak.

Aku masih boleh sikit-sikit bertutur Jerman, mahir berbahasa Inggeris dan amat pandai,

Berbahasa cinta.

#superdaddy

Share

Blog  / Experience  / Knowledge  / Lesson  / Lifestyle  / Parenting  / Peoples  / Places  / Travels

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved