Bangun pagi ni jiwa tenang sangat aih.
Maklumlah rumah kemas. Ada bibik tolong vakum dan mop. Aku suruh dia mop pukul 3 pagi tadi, so bangun semua dah berkilat dah.
Inilah dia, Roborock S7, sejenis bibik yang tak melawan cakap kau. Pukul berapa dan bila-bila masa kau boleh suruh dia sapu, vakum dan mop. Ayat dia pun tak melawan. Dia pandai sebut “mencuci sekarang” “balik ke station” “saya tersangkut” dan benda-benda gitu jer.
Berbaloi weh.
Hilang satu beban aku yang single parent ada 3 orang anak kecil ni. Lantai selalu penuh dengan sisa makanan, cebisan kertas dan segala mak nenek. Bibik ni uruskan semuanya.
Roborock S7 dalah robot vakum dan mop yang canggih.
Namun, penggunaan pertama kedua dan ketiga kali aku frust jugak dengan dia. Maklumlah budak baru masuk rumah, dia tak kenal rumah lagi. Sekejap sangkut, sekejap termasuk dalam pasir kat landskap area aku tu.
Kena guna 2-3 kali sampai dia habis “mapping” keseluruhan rumah dan dia kenal setiap inci tempat then barulah dia bekerja dengan efektif. Dia guna teknologi LIDAR (Light Detection And Ranging) so dia boleh lukis peta rumah aku melalui Apps khas dia.
Once dia dah ada peta, dia dah kenal tempat maka aku boleh set kawasan mana dia tak boleh lalu yang bahaya untuk dia. Aku boleh bahagikan keseluruhan rumah mengikut bilik atau kawasan.
Semuanya boleh control melalui apps khas tadi.
Aku boleh connect dengan Siri kat iPhone aku.
“Hey Siri, please clean the kitchen.” aku suruh.
“Start cleaning.” dia jawab.
Pastu dia pun keluar dari station dan menonong jer pergi ke dapur tak membebel pun.
Hahaha comel oihhh.
Dengan apps dia tu boleh buat macam-macam, boleh set power untuk vakum, nak senyap, nak paling kuat pun boleh. Nak mop pun sama, kalau rasa kotor sangat arah dia suruh mop kuat sikit.
Dia pandai dan kuat weh, boleh tolak kerusi. Boleh lalu celah kerusi meja semua. Depan dia vakum kat belakang dia ada mop, so sekali jalan vakum dan mop. Kalau dia naik atas karpet dia akan angkat mop dia, so mop tak kena carpet, tak basah.
Bijak dan rajin budaknya.
Bahagia betul aku.
Harga dia RM2K++
Beli di Shopee: https://shp.ee/9zc2ykd
Kalau bateri dia penuh, dia boleh bekerja 3 jam lebih non-stop. Bateri nak habis dia balik rumah dan caj sendiri. Tapi agak lama juga nak caj dia tu, mau 3-4 jam jugak.
Kualiti pembersihan dia?
Well, its worth it. Habuk semua hilang, lantai bersih walaupun tak sekilat kau tonyoh dengan tangan. But I promise, you’ll be satisfied.
Very.
So para suami semua, sesuai sangat ni nak beli satu buat jadi bibik kat rumah. Memang harga agak mahal, tapi berbaloi sangat. Biar korang suami isteri tidur lena dan robot ni buat kerja pukul 2-3 pagi tu.
Lagi satu, bibik ni takde kebolehan menggatal mahupun menggoda. Cuma comel sahaja.
Celik mata, rumah bersih dan isteri gembira.
Ehhh, kalau kalau nak yang murah sikit dalam RM700++ dan yang agak bagus dan ramai puas hati boleh cari Xiomi punya: https://shp.ee/52sjm5z
Oklah, nak pi masak lunch sedap-sedap hari ni sebab jiwa tenang dan gembira bila tengok lantai dapur bersih berseri.
Sekian.
https://www.facebook.com/729777276/videos/10159329350442277/






