• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Musim Luruh – 10 Perkara Yang Mengujakan

23/09/2013

autumn2013

Sudah lama saya tidak menulis. Terlalu sibuk dengan urusah kerja dan harian serta menikmati musim panas dengan sepuas-puasnya kerana kebiasaanya musim panas di sini adalah singkat. Sebelum bergelumang dengan cuaca sejuk hampir 9 bulan jadi eloklah musim panas yang hanya 3 bulan tersebut dinikmati semahunya.

Musim panas bagi tahun ini sudahpun berakhir, secara rasminya pada 21hb September yang lalu. Kini pokok-pokok akan memulakan langkah awal untuk berhibernisasi sempena musim sejuk nanti dengan menukarkarkan warna dan menggugurkan daun-daunnya.

Musim yang mengujakan?

Mungkin ramai yang tidak tahu (bagi yang tidak pernah tinggal di negara 4 musim) ataupun tidak sedar yang musim luruh adalah musim pembaharuan kepada banyak perkara di dalam kehidupan seharian di sini dan juga musim yang sungguh mengujakan setelah berakhirnya musim panas. Kenapa saya berkata sedemikian?

Berikut saya senaraikan Β 10 perkara yang anda tidak tahu atau tidak sedar yang mengujakan pada musim luruh.

1. Warna yang cantik dan mempersonakan

autumn2013-b

Pertukaran warna daun dari hijau kepada kuning, coklat dan merah memberikan panorama lanskap yang sangat klasik. Melihat daun-daun yang gugur bertaburan sepanjang hari sangat mengujakan.

2. Musim untuk bergaya dengan jaket baru

Screen Shot 2013-09-23 at 10.29.29 AM

Tiada lagi kepanasan dan kelembapan – cuma kedinginan yang enak untuk dinikmati dengan sehelai jaket nipis atau kardigan, skarf dileher dan secawam kopi atau teh panas.

3. Rancangan TV kegemaran akan kembali

9GSTBIKuQGil

Mungkin anda tidak sedar yang apabila bermula musim luruh, rancangan atau siri tv kegemaran anda akan kembali dengan siri dan episod yang terbaru.

4. Model telefon baru turut dilancarkan

iphone-5-vs-galaxy-s4-in-depth-50

Sekiranya anda mengikuti perkembangan jenama serta model telefon bimbit dan juga rangkaian produk komunikasi yang lain – musim luruh adalah musim untuk memasarkan produk-produk terbaru. Apple Inc. sentiasa melancarkan produk-produk mereka sehari sebelum muim luruh bermula, manakala Samsung Blackberry juga begitu. Bagi tahun ini Apple melancarkan telefon terbaru iPhone 5s dan iPhone5c bersama IOS7, manakala Samsung melancarkan Galaxy S4 manakala Blackberry melancarkan Z30 dan juga perisian popularnya BBM kepada pengguna android dan ios.

5. Labu akan menjadi popular.

Screen Shot 2013-09-23 at 10.46.57 AM

Musim luruh juga akan menjadikan buah Labu sebagai buah yang paling popular. Semua makanan dan resepi berasaskan labu muncul di musim ini. Labu akan berada di mana2 sahaja samada di garaj, depan rumah, depan pintu, di dalam kek, pai, sayur, minuman dan sebagainya bearaskan labu yang akan dimeriahkan lagi dengan sambutan Halloween pada 13 Oktober.

6. Musim memetik Epal

Screen Shot 2013-09-23 at 10.48.35 AM

Buah epal juga akan menjadi buah yang popular dan mula dipetik di musim luruh. Epal akan menjadi sangat murah di pasaraya dan banyak makanan berasaskan epal akan mula memenuhi kafe, restoran dan rumah-rumah. Makanan yang paling popular sudah semestinya Pai Epal.

7. Tidak salah untuk tidur sepanjang hari

Screen Shot 2013-09-23 at 10.53.10 AM

Di musim panas adalah menjadi kesalahan sekiranya tidak keluar rumah dan menikmati sinaran panas mentari. Namun di musim luruh pula, adalah tidak menjadi kesalahan sekiranya tidak keluar rumah kerana dengan cuaca yang dingin, duduk atau berbaring di hadapan tv dengan selimut dan secawan kopi atau teh dan menonton filem kegemaran sampai tertidur adalah yang terbaik.

8. Menikmati tidur yang terbaik

Screen Shot 2013-09-23 at 10.58.52 AM

Di musim luruh anda akan dapat menikmati tidur yang sangat nyenyak kerana suhu di sekitar 10-12darjah celcius membuatkan anda sungguh selesa di bawah lapisan selimut.

9. Jatuh cinta

Screen Shot 2013-09-23 at 10.55.36 AM

Musim luruh juga adalah musim untuk anda mencari pasangan dan jatuh cinta. Kata orang alam memberikan signal untuk manusia berpasangan ketika musim luruh. Dapat dilihat banyak majlis perkahwinan berlangsung di musim ini terutama sekitar Oktober dan November.

10. Telur boleh didirikan tegak pada hari pertama musim luruh

Screen Shot 2013-09-23 at 11.00.30 AM

Sekiranya anda tidak tahu, telur boleh atau mudah untuk didirikan secara tegak pada hari pertama musim luruh iaitu pada 22hb September yang lalu. Hanya terdapat 2 hari di dalam setahun di mana telur mudah untuk berdiri iaitu pada hari pertama musim bunga 22hb Mac dan hari pertama musim luruh. Ini adalah kerana ketika tarikh tersebut, paksi bumi berada pada kedudukan 90darjah dengan matahari maka tarikan graviti adalah seimbang diantara utara dan selatan bumi maka menjadikannya lebih mudah untuk mengimbangi sesuatu..bukan sahaja telur.

Pernahkah anda tahu atau sedar salah satu dari 10 perkara yang saya senaraikan di atas? ENTAHLAH..I Dont Know.

signature

cuaca musim luruhmusim luruhpakaian musim luruhperkara yang anda tidak tahutips musim luruh
Share

Believe It or Not  / Blog  / Experience  / Knowledge  / Lesson  / Lifestyle  / Places  / Tips  / Weather

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Tips Musim, Cuaca Dan Suhu Di Jerman
24/09/2012

25 Comments


Ladywindsor
23/09/2013 at 11:20 am
Login to Reply

Salam KA
Wahhh dah agak tuan tanah mesti sibuk
bercuti hinggakan blog pun dah bersawang.
Err rasa nak ambil tiket bas ke Frankfurt nak
menikmati musim baru di sana..haha
Yang saya tahu alam bertukar wajah,
tidur sepanjang hari dan masa utk
menayang bot dan jaket baru.
Anyway thanks info!



    Khairul Abdullah
    23/09/2013 at 11:28 am
    Login to Reply

    W’salam LW,

    Hahaha..tidak ler bercuti, tapi sibuk dengan kerja dan aktiviti di luar rumah…maka takde masa nak menulis.

    Aah..sekarang musim menayang kasut, boot dan jaket baru. Ohhh..dan bagi pompuan handbag baru.

    Kalaulah boleh naik bas dari KL ke Frankfurt ni yer..setiap musim berulang-alik. Eh tapi kalau naik train boleh tau sampai ke sini πŸ™‚

      ladywindsor
      23/09/2013 at 9:58 pm

      Kalau gitu confirmlah tahun depan booking tiket train ke Frankfurt..hahaha…ulang alik gitu je lah nampaknya yer..

        Khairul Abdullah
        24/09/2013 at 9:01 am

        Haha, kena cuti panjang lah..sbb naik train paling kurang 7-10 hari baru sampai πŸ™‚

su
24/09/2013 at 4:42 am
Login to Reply

Wowww… byknya yg saya tak tahu yg ianya bermula musim luruh. Terutamanya pasal telur tu! Dan.. of cos la kan, sejuk2 sedap tdo! Hahaha…



    Khairul Abdullah
    24/09/2013 at 9:02 am
    Login to Reply

    Haaaaa…kaaaan.Telur tu nanti boleh cuba pada 21 Mac atau 21 September tahun depan πŸ™‚

my name is lily
24/09/2013 at 5:51 am
Login to Reply

wuuuu… pengalamannya tak sama seperti di sini dimana berakhirnya musim jerebu dan bermula pula musim tengkujuh!

anyway, terima kasih sebab kongsi info menarik ni. πŸ™‚
seronok membacanya.



    Khairul Abdullah
    24/09/2013 at 9:03 am
    Login to Reply

    Musim tengkujuh sekarang yer? Musim buah dah habis ke? πŸ™‚

shhhh
24/09/2013 at 8:23 am
Login to Reply

antara 10 benda tu sy rase bestttnnyyyeee kalau dapat petik epal..heheh =)



    Khairul Abdullah
    24/09/2013 at 9:05 am
    Login to Reply

    Boleh petik apple dan pelbagai buah lain yg masih boleh dipetik sepanjang musim luruh spt grapes, nectarine, peaches n plum

hafsah
24/09/2013 at 1:12 pm
Login to Reply

Terima kasih..suka sangat membacanya.



    Khairul Abdullah
    24/09/2013 at 1:18 pm
    Login to Reply

    Sama-sama πŸ™‚ Teruskan membaca yer.

surai
26/09/2013 at 11:40 am
Login to Reply

sangat menarik!!tak pernah berfikir sampai tahap ni



    Khairul Abdullah
    26/09/2013 at 11:58 am
    Login to Reply

    Surai, teruskan membaca πŸ™‚

irfa
07/10/2013 at 11:02 am
Login to Reply

cantiknya suasana
oh tak tahu pun psl telur tu dan buah epal tu nampak cam best je kalau dapat petik dari pokok.selalu beli buah epal dlm supermarket je,xde daun



    Khairul Abdullah
    07/10/2013 at 11:40 am
    Login to Reply

    Haha..kena datang sini lah kalau mcm tu..boleh petik macam2 πŸ™‚

Azyyati Elias
10/11/2013 at 11:18 am
Login to Reply

I love Fall πŸ™‚ Just a few je yang tau.



malinda
25/12/2013 at 5:40 pm
Login to Reply

saya pembaca baru dan saya suka dengan info yang dikongsi



    Khairul Abdullah
    26/12/2013 at 8:55 am
    Login to Reply

    Malinda,

    Terima kasih kerana membaca blog saya πŸ™‚

Khairul Abdullah
26/12/2013 at 7:58 am
Login to Reply

@Azyyati Elias Love Fall too πŸ™‚



Nur Azlina Azeman
15/06/2015 at 12:00 pm
Login to Reply

Salam, sronok baca blog ni. Bnyak tntg german saya baru tau. Stiap kali klik, i am xcitd to know new info..but im not yet complete the readg..

InsyaAllah sept ni saya ke lΓΆrrach utk stdnt xchange. Apa yg saya risaukn adalh mengenai kslmtn n kediamn. Bagaimana bhviour org german ye? Boleh saudara terangkn prosder mncr n menyewa rumah @blik di german?? Maaf klu saudara da pnah tlis maybe saya x perasan..

Tq for the helpg



    Khairul Abdullah
    16/06/2015 at 8:58 am
    Login to Reply

    W’salam Nur Azlina,

    1. Orang Germany sama saja mcm orang lain. Mereka tak kacau orang. TETAPI mereka sangat strict dengan rule dan menepati masa. Jadi jangan langgar undang2, jangan melintas jalan ketika lampu merah, beratur ketika membeli barangan, nak naik atau masuk train tunggu orang keluar dahulu dsb.

    2. Prosedur nak sewa rumah agak sukar sebenarnya. Memandangkan awak xchange student, sila semak dengan universiti samada boleh tinggal di asrama atau tidak.

Khairul Abdullah
16/06/2015 at 6:59 am
Login to Reply

W'salam Nur Azlina,

1. Orang Germany sama saja mcm orang lain. Mereka tak kacau orang. TETAPI mereka sangat strict dengan rule dan menepati masa. Jadi jangan langgar undang2, jangan melintas jalan ketika lampu merah, beratur ketika membeli barangan, nak naik atau masuk train tunggu orang keluar dahulu dsb.

2. Prosedur nak sewa rumah agak sukar sebenarnya. Memandangkan awak xchange student, sila semak dengan universiti samada boleh tinggal di asrama atau tidak.



    Rashad@Rosdi Muda
    07/09/2015 at 6:34 pm
    Login to Reply

    Assalam saudara KA, In Shaa Allah abang bercadang mengikuti trip ke negara balkan pertengahan Nov ini dengan bas dari Istanbul ke Franfurt. Adakah suhu di Negara lain2 tu sama dengan Franfurt? Memandangkan this is my first time travelling luar negara, saya sangat berbesar hati jika saudara memberi sedikit panduan. Jutaan terima kasih atas perkongsian..

    Wassalam..Abang Rosdi M.

      Khairul Abdullah
      07/09/2015 at 7:11 pm

      Waalaikumsalam Tuan Rosdi,

      Suhu ketika musim luruh di balkan dan eropah lebih kurang sama sahaja. Time tu dah sejuk. Akan bertambah sejuk apabila menghampiri bandar2 yang berdekatan pergunungan Alps. Bulan november ni kerap hujan, jadi kena sentiasa bersedia lah. Elok pakai jaket dan juga boot yang kalis air untuk keselesaan. Kaki kena jaga, kalau basah dan sejuk maka akan spoil your whole body.

Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

Β© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved