• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

My Khaleef

17/10/2021

Ini anak autistik aku, Khaleef, 7 tahun.

Dia kena ada benda kat tangan. Kalau takde benda dia akan resah gelisah dan mula menganggu ketenteraman awam. Kalau ada benda di tangan maka dia akan duduk diam dan cuba mengasingkan diri.

Dia tak suka hiruk-pikuk, dia tak suka diganggu.

Bila diberi benda tak kira apa sahaja, maka dia akan bermainlah dengan apa sahaja yang ada di tangan dia tu berjam-jam. Apa yang korang nampak dalam video itu begitulah yang dia “lakukan” dengan setiap objek yang dia dapat.

Dia hanya akan berhenti jika diberi pensil dan kertas ataupun gajet. Jika tiada keduanya maka kena berikan dia something. Tanpa sebarang objek di tangan, akan jadi kucar kacir juga aku nak uruskan dia.

Semakin dia membesar, ada benda baharu, ada perasaan baharu yang akan dia alami. Dan aku kena deal dengan sikap dan sifat terbaharu dia tu. Dia juga semakin kuat dan kasar. Kalau datang amarah dia tu, memang lebih dahsyat dari dulu.

Dia tak kisah pun nak terpa dan pukul aku.

Jadi aku kena pergi gym main besi nampaknya. Bagi gagah perkasa sikit. Senang nak handle nanti.

Begitulah.

But, I love him no matter what.

#superdaddy
#autismawareness
Share

Blog  / Experience  / Health  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved