Terserempak dengan cikgu Khaleef waktu hantar dia, so boraklah sekejap.
“Have you tell your daddy about your spelling yesterday?”
“Nope.”
Dia tunduk jer, pastu pandang aku dan senyum sikit.
“I’m a superspeller daddy. My name is on the board in the class.”
Cikgu kata dia score full marks. Pandai dia eja semua betul. In fact he is a very clever and good student kata cikgu lagi.
Daddy pun peluk ciumlah anak autistik daddy yang bijaksana ini. Bangga daddy ni despite challenges yang daddy kena hadap setiap hari.
Teacher dia tak tau aku setiap pagi berperang dan kena tumbuk dengan dia bila kejut bangun pagi nak ke sekolah.
Ada hari tak perlu kejut, dia bangun terus menonong ke bilik air. Tapi kebanyakan hari aku kena kejutkan, peluk cium, pujuk-pujuk kemudian dia start mengamuk dan mula agresif dan kadangkala dia mula memukul.
Tough weh kalau almost tiap hari gitu.
Cuma nak sampai mandi jer aku kena hadap. Lepas dia dah mandi dia ok jer, macam takde apa-apa berlaku. Macam episod dia mengamuk dengan aku tadi tu tak pernah berlaku pun.
“I cant really control my brain. I have ADHD.”
Itulah jawapan standard dia setiap kali dia buat something. Hanya selepas makan ubat semuanya akan jadi smooth dan terkawal.
Banyak benda aku belajar dan aku berubah demi budak autism seorang ini. Semoga aku dapat terus jaga dan didik dia sampai dia pandai berdikari.
Terima kasih juga para cikgu kerana memahami sikap dan sifat budak yang seorang ini. You guys are awesome.