Gais, kalau bini kau minta nak makan mee kari dan dia suruh kau yang buat, maka janganlah kau gundah yer.
Dengan lidah yang lancar lagi fasih kau jawab “Bagi abang sejam yer yang!”
Terus kau start motor ke kedai dan beli bahan ni:
1 paket mee kuning – boleh ganti dengan spaghetti.
400 gram kerang yang dah siap kupas. Yang frozen tu pun ok. Kalau takde kau kupas sendiri.
1 ketul isi ayam.
8 ekor udang saiz sederhana.
1 ikat kacang panjang
1 genggam taugeh – kalau bini kau tak makan tak payah beli. Hormati taste dia.
1 ikat sawi – kalau kau tak kenal mohon kau tanya orang.
1 pek fishball – kau cari kat bahagian sejuk beku.
1 pek fishcake – sama seperti di atas
1 pek tofu goreng – kau tanya orang lah kalau tak kenal.
1 ketul kiub pati ayam
2 ranting daun kari, biar banyak takpe.
1 pek kecil serbuk kari daging Cap O
1 pek kecil serbuk kari ikan Cap O
1 kotak santan
1 sudu kecil pes asam jawa.
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Banyak jugak kau nak kena beli. Tu pun aku dah skip banyak bahan, semata-mata nak bagi kau senang. Make sure semua ada okeh.
Kau jangan lama-lama kat kedai tu, ada sejam jer ni nak masak ni.
Sampai rumah kau solat taubat dulu 2 rakaat pastu terus masuk dapur. Benda senang jer ni, jangan susah hati. Kau boleh pegang phone sebelah dan sebelah lagi masak dengan bergaya.
Cara nak buat dia:
1. Kau kisar bawang putih, bawang merah dan halia. Pastu panaskan minyak dalam 5 sudu macam tu dalam periuk besar sikit dan tumis bahan kisar dan ulit kayu manis, bunga lawang dan daun kari sampai naik bau.
2. Kau campurkan rempah kari ikan dan daging dalam bekas tambah air dan jadikan pes pastu masukkan dalam periuk tumis tadi. Tumis sampai bau sedap dan pecah minyak. Kemudian masukkan sedikit air, kacau sebati dan masukkan asam jawa. Kacau sebati biar didih.
3. Dah didih kau masukkan fishball, fishcake, tofu goreng, udang, ayam dan kerang dan kau kacau sebati. Pastu masukkan santan dan biar didih. Dah didih masukkan kiub pati ayam dan 1 sudu kecil garam. Kacau dan tambah air ikut banyak mana kuah kau nak. Pastu rasalah dan ejaslah masin masam dia tu.
Siappp.
Kau celurlah mee, sawi dan taugeh dan masukkan dalam mangkuk. Pastu ceduklah kuah yang kau buat dengan penuh perasaan tadi tu. Hiaslah dengan potongan limau, telur rebus, cili merah potong atau paling best kalau ada sambal tumis.
Fuhhh, bini kau
peluk
tak lepas okeh.
Nak sedap, sila guna Rempah Kari Ikan dan Rempah Kari Daging Cap O keluaran MAKER Recipe yang boleh dibeli di kedai, pasaraya dan Shopee: https://shp.ee/ep2z25e
Itu kalau wife kau minta lah.
Kalau tak kau jangan cari penyakit.