Aku kalau malas dah datang tapi tetap nak kena masak dan anak-anak asyik nak makan nasi dan ayam maka inilah menu paling pantas dan gerenti sedap.
Nahhh, Nasi Ayang Crunchy and Moisty bak kata orang Besut.
Bahan-bahan yang nak kena ada untuk projek hari ini:
½ ekor ayam, potong ikut suka dan bersihkan dan letak garam sikit
2 cawan beras bersihkan. Kalau basmathi, rendam dulu 30 minit dan toskan
1-2 sudu kulit dan lemak ayam yang dipotong kecil
3 ulas bawang putih dihiris atau dicincang ikut suka kau lah
1 inci halia, buat sama macam bawang putih
3 sudu minyak masak, marjerin, butter or whatever yang ada
1 sudu minyak bijan, kalau tak suka kau skip
1 helai daun pandan dikoyak dan disimpul
1 pokok daun ketumbar, kalau ada, takde pun takpe
Cara-cara melaksanakan projek sedap ini:
1. Panaskan minyak, butter, marjerin or whatever tadi dengan minyak bijan sekali dan tumiskan lemak dan kulit ayam. Dah garing sikit masukkan bawang dan halia dan pandan. Tumis sampai naik bau.
2. Masukkan beras yang sudah ditoskan tadi, kacau sebati dan masukkan air. Sukatan air dengan beras ialan 1:1.5. Kalau 1 cawan beras maka masukkan 1.5 cawan air gitu. Dah 2 cawan beras ni maka masukkan 3 cawan air. Kacau sebati dan tambahkan garam secukup rasa.
3. Masukkan ayam di bahagian atas lepas tu boleh masukkan daun ketumbar jika ada. Takde pun tak apa aku tak marah. Lepas tu tekanlah butang ON kalau kau masak pakai periuk karan.
Aku suka pakai periuk biasa jer. Kalau periuk biasa, kecilkan api dan tutup tudung biar sampai nasi masak. Aku guna periuk ni, nasi tak hangit dan tak berkerak okeh: https://shp.ee/gbimigj
Siapppp.
Aku keluarkan sebahagian ayam dan masuk dalam air fryer dengan kepanasan 200 degree selama 20 minit. Terus rangup di luar dan moist di dalam. Takde airfryer kau goreng sahaja dalam minyak yang betul panas, sekejap jer, nampak dah kekuningan tu terus angkat.
So dapatlah 2 jenis ayam, satu moisty dan satu crunchy. Maklumlah anak-anak ni macam-macam peel dia, ada suka yang garing ada suka yang lembap gitu.
So boleh hidang dengan sup ayam kalau ada. Alaa kau rebus lah kaki ayam dengan bahagian leher dan tulan sikit, masukkan seketul kiub pati ayam, siaplah sup.
Sambal dan kicap tu kau Google lah macamana. Mudah yakmat.
Sekian, selamat makan.
Makan awai tak kalut.