• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Nasi Kaler Kuning Bersama Ayam by SuperDaddy

29/05/2021

One pot meal atau masakan sekali harung ni memang feveret aku lah. Jenis campak semua dalam periuk letrik tekan on terus siap nasi dan lauk.

Tadi aku buat nasi apa aku pun tak tau, tapi kaler kuning elok. Aku letak serbuk kari, letak tomato tumis dengan bawang, kulit kayu manis, bunga lawang dan daun pandan. Harum semerbak baqhang.

Nah lah aku share jugak resepi Nasi Kaler Kuning Bersama Ayam yang very tastylicious.

Bahan-bahan yang kena ada:

2 pot beras basmathi, rendam 30 minit dan toskan.
3-4 ketul ayam dibersihkan dan letak garam sikit.
1 sudu besar tinggi menggunung rempah kari ayam daging Cap O. Rempah sedap ni korang boleh beli kat sini: https://shp.ee/n5rf6m3
½ biji bawang besar dikisar*
3 ulas bawang putih dikisar*
1 inci halia dikisar*
1 biji tomato dikisar. Kalau taknak potong kiub kecil
1 keping kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 helai daun pandan dicarik dan disimpul
1 cawan susu cair
1 ½ cawan air
2 sudu butter/mentega/marjerin/minyak sapi or whatever
1 sudu minyak masak

Cara nak buat dia:

1. Panaskan butter dan minyak masak together-gether dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, daun pandan dan bahan kisar bertanda * tadi sampai harum dan masukkan rempah kari, kacau rata sampai harum dan baru masukkan tomato. Kacau sekejap.
2. Masukkan ayam dan gaul sebati bersama bahan tumis tadi lalu masukkan susu cair dan garam secukup rasa. Biar mendidih dan masukkan beras dan kacau sebati.
3. Pindahkan ke periuk letrik dan masukkan air lalu tekan ON. Diingatkan lagi sekali, tekan on.

Siappppp.

Sampai part ni baru aku teringat nak ambik gambar. So ni part dimana dah tumis semua dan masukkan ayam.

Pastu tuang susu cair dan biarkan didih.

Dah didih tutup api dan masukkan beras. Pindah masuk ke dalam periuk letrik.

Tambah air. Jangan bayak weh nanti lembik. Biar lebih sikit dari beras jer, jangan sampai setengah ruas jari.

Ayam tu kalau suka garing maka kau keluarkan, bersihkan nasi yang melekat tu dan goreng dengan api yang kuat sekejap sahaja sampai garing di luar dan dalam dia masih lembut dan moist gittew.Hidangkanlah dengan sayur ke acar ke wahatever yang kau suka.
Anak-anak aku suka sangat nasi gini. Depa boleh makan nasi saja. Aku makan dengan dendeng kambing. Saja taknak tunjuk takut kau geram, kat kambing tu.

Kalau geram kat aku takpe, boleh pm tepi.

#superdaddy

#onepotmeal

P/S: Banyak lagi resepi mudah aku di Instagram @mynameiskhairul

Share

Blog  / Cooks  / Foods  / Recipes  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved