• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Nasi Kurma Daging Adabi Masak Sekali Harung (One Pot Meal) by SuperDaddy

05/06/2021

Nindia, Nasi Kurma Daging Adabi Masak Sekali Harung (One Pot Meal).

Kurma Daging Adabi dalam tin tu barang rare wehh. Payah kemain nak jumpa kat kedai. Barang sedap, gitulah. So bila dah jumpa maka kita kena masak special sikit bagi kat dia.

Jom kita buat Nasi Daging Kurma Adabi “One Pot Meal” yang mudah yakmat ni.

Bahan-bahan dia semua mudah jer, mostly bahan semua dah ada kat dapur. Kau cuma perlu berusaha beli Kurma Daging tu jer.
Aku beli kat sini, seller best, packing cantik: https://shp.ee/dvjcatg

Bahan-bahan yang perlu ada

1 Tin Kurma Daging Adabi. https://shp.ee/dvjcatg
2 Pot beras biasa atau basmathi. Kalau basmathi kau rendam dulu 30 minit dan toskan. https://shp.ee/gn5ztqy
½ biji bawang besar dikisar/dihiris pun boleh
3 ulas bawang putih dikisar/dihiris pun boleh
1 inci halia dikisar/dihiris pun boleh
1 kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 helai daun pandai disimpul (dia pandai sebab pergi sekolah)
1 batang karot (optional) dan dipotong baji.
1 biji tomato (optional) belah 4
½ biji bawang besar belah dua
2 sudu minyak sapi atau butter atau minyak masak, ikut suka

Cara nak buat dia:

1. Panaskan minyak sapi/butter/minyak dan tumiskan bawang besar, bawan putih dan halia bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan juga daun pandan sampai naik bau.

Tumis jer sampai wangi. Aku guna butter.

2. Masukkan 1 tin kurma daging adabi dan kacau sebati, lalu masukkan karot dan tomato jika ada. Kacau sekejap dan masukkan sedikit garam.

Dah wangi elok maka tuanglah kurma tadi dan kacau.
Masukkanlah sayuran. Kacau sekejap jer bagi rata.

3. Masukkan beras, kacau pelan-pelan biar rata sebab takut daging hancur dan kemudian masukkan air. Air nak masukkan lebih sikit sahaja dari paras beras. Sikit jer tau like setengah kuku jer. Then masaklah seperti biasa. Kalau guna periuk letrik maka kau tekan ON. Kalau pakai periuk biasa maka masak pada api sederhana. Dah kering perlahankan api sekejap sampai betul masak.

Masukkan air, jangan banyak, biar paras lebih sikit dari beras jer. Pastu tutup tudung dan biar masak. Kau pakai periuk letrik wajib tekan ON okeh.

Siapppp.

Hidangkan dengan lauk lain jugak sebab dalam tin tu ada like 2-3 ketul jer daging dengn kentang. So aku ni mujur budak-budak suka telur rebus. So settle.

Elok tak nasi aku?Aku guna beras basmathi parboiled jenis Pusa Cream 1121. Beli kat sini: https://shp.ee/gn5ztqyPaling murah beli kat 99 Speedmart.

Ada nasi sedap, ada lauk dan ada sayur sekali. Tak sampai 30 minit dah siap. Cepat yakmat dan tak perlu tunggu lama.

Yang lama hanyalah,

Menunggu Cintamu.

#superdaddy
#ResepiSuperDaddy
#onepotmeal
#NasiKurmaDaging

Share

Blog  / Cooks  / Foods  / Recipes  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved