• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

National Geographic for Kids

30/05/2021

Ini kira buku feveret depa, dah keluar dari rak dan berlonggok jer atas meja.

Ada orang tanya anak-anak aku baca buku apa?

Macam-macam buku sebenarnya. Ada buku cerita, ada buku pengetahuan am, ada komik dan macam-macam. Gambar yang aku tunjuk ni adalah sebahagian dari buku-buku sains sahaja.

Buku ni biasanya aku pergi kedai dulu, buka dan belek dan tengok harga dan catat. Pastu balik buka dan beli online dengan harga yang lebih murah.

Bijak kan?

Antara kedai buku yang aku beli jer terus adalah Bookxcess. Itulah kedai buku yang jual buku-buku sains dengan harga paling murah. Kalau malas pergi aku beli online jer. Kat Shopee pun banyak.

Tadi aku beli set buku National Geographic for Kids kat Shopee. Set 38 buah buku baru RM80 sahaja. https://shp.ee/5442aur

Benda boleh beli murah buat apa nak beli mahal ye dak?
Kos untuk beli buku ini sahaja dalam RM600++ kesemuanya tak silap aku. Itu pun beli pada harga diskaun sangat dah.

Anak-anak waktu kecik ni depa very curious, suka tengok dan nak tahu pasal haiwan, serangga, pasal alatan yang berfungsi, pasal bulan, bintang, matahari dan macam-macam. So kita kena assist depa.

Kalau depa dok tanya dan kita tak berapa layan, tak reti jawab dan sebagainya maka minat anak-anak tadi makin hilanglah. So buku-buku aku beli ni bukan sahaja untuk anak-anak tapi untuk aku, selain Google lah kan.

Kalau korang belum mula introduce sains pada anak-anak boleh cuba beli siri buku National Geographic yang aku bagi link tu. Walaupun anak belum pandai baca belilah, korang mak ayah yang bacakan dulu untuk anak anak. Boleh gunakan untuk bedtime stories. Depa dengar dan ingat tau.

Buku ni sebagai startup set untuk anak-anak dan mak ayah sekali minat sains.

Untuk buku bahasa Melayu korang boleh beli siri Teroka Sains 1,2 & 3 dulu. Dalam buku ni ada banyak gila “fun facts” pasal sains untuk suburkan minat anak-anak dalam ilmu sains ni.

Boleh tengok kat sini: https://app.terokasains.com/shop/000241

Anak-anak ni kita yang kena guide dan dorong dia.

Buku kena bagi baca, gajet pun kena bagi jua dia guna sebab ni zaman dia. Cuma kita yang kena kawal dan kena balancekan semuanya.

Selamat mencuba dan semoga dipermudahkan untuk kita membesarkan anak-anak di zaman serba mencabar ini.

#superdaddy

Share

Blog  / Books  / Knowledge  / Lifestyle  / Parenting  / Peoples  / Reading  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved