Aku pernah jadi Presiden sebuah NGO kecil.
Setahun jer, aku letak jawatan. Tak sanggup nak pikul tanggungjawab. Kami ambil 10% sebagai kos pengurusan. NGO kami berdaftar dengan LHDN dan ada audit juga setiap tahun.
Tapi tanggungjawab maha besar. Hanya orang gagah sahaja dapat pikul. Nak manage NGO nak kena ada duit untuk bayar sewa, staff dan sebagainya. Kalau tak cukup kos pengurusan, nak manage pun payah.
Nak ambil lebih pun aku takut. Yang aku ambil 10% tu pun aku takut jugak. Takut tersalah manage 1 sen duit penderma. Jenuh menjawab di akhirat nanti. So aku topup duit sendiri jer untuk belanja mengurus.
Takut, campur tak mampu maka aku letak jawatan. Biarlah orang yang lebih arif dan berani yang manage dia.
Aku bagi bantuan atas kapasiti aku cukuplah.
Waktu first PKP dulu pun aku ada terima dana awam lebih dari RM350K untuk projek #infaksusu. Habis semua dibelanjakan untuk bantuan susu kepada 3,800 keluarga kalau tak silap. Aku ada perincikan ke mana semua wang dibelanjakan dalam report card yang aku publish di FB lepas aku tutup projek tu.
Kos pengurusan aku ambil tak sampai 1K, untuk bayar topup telefon dan duit minyak team member pergi hantar bantuan. Ada perbelanjaan lain juga yang aku topup dan ganti dengan duit sendiri.
Duit amanah orang jangan dibuat main wehh.
Apa sahaja amanah dan tanggungjawab yang diberikan pada kita ni nanti dipersoalkan di akhirat. Seram tau.
Tapi, geng politik yang berebut-rebut jawatan nak jadi menteri nak pikul amanah dan tanggungjawab ni depa tak seram eh?
Khairul Abdullah