Nilai RM20.
Zaman sekarang ni, apa yang kita dapat dengan RM20?
Kalau ke kedai mungkinlah dapat beli seekor ayam saiz kecil dengan sepapan telur. Dapatlah masak untuk 2-3 kali makan untuk saiz keluarga kecil. Kalau order Food Panda, maunya cukup-cukup je untuk seorang makan kan?
Begitulah rendahnya nilai RM20 sekarang tapi kalau kita sedekahkan insyaAllah nilainya bertambah dan kita pun dapat pahala berterusan.
Nak tak bersedekah RM20 dan dapat perlindungan takaful sekali?
Yer, sedekah RM20/sebulan dan jika ditakdirkan kita mati anak-anak dapat duit RM100K. Kalau kita tak mati, duit tu jadi amal jariah kita untuk bantu orang lain.
Great Estern Takaful kembali menawarkan Pelan Hibah Murah RM100,000 serendah RM20 sebulan untuk lelaki dan wanita tidak merokok. Kalau merokok harga akan mahal sikit, tapi masih mampu milik berbanding pelan yang lain.
Pelan murah ni harganya akan meningkat setiap 5 tahun namun masih sangat berbaloi bagi individu, mak atau ayah yang nak tinggalkan harta segera untuk keluarga namun tiada kewangan yang mencukupi buat masa sekarang.
Kalau yang dah ada buat hibah tapi nak tambah plan pun, sangat dialu-alukan.
Walaupun plan ini tiada simpanan ataupun nilai matang, plan ni sangat istimewa kerana ada pampasan hibah berganda untuk kematian kemalangan tanpa sebarang caruman tambahan.
Contohnya kita ambil plan Hibah RM100,000 dengan bayaran RM20 sebulan. Sekiranya meninggal dunia disebabkan kemalangan, pampasan yang akan dibayar kepada keluarga adalah RM200,000.
Macam ada seorang peserta ni dulu, polisi hibah dia RM200K dan polisi pun baru 5 hari lulus dan berkuatkuasa.
Malang tak berbau, tup tup dia kemalangan dan meninggal dunia. Keluarganya dapat pampasan hibah sebanyak RM400K.
Duit memang tak dapat menggantikan orang yang telah pergi namun dengan duit pampasan sebanyak itu, dapatlah keluarga tadi meneruskan hidup dengan baik dan tidak perlu meminta-minta.
Jomlah sertai plan perlindungan ini.
Syarat utama untuk mohon plan ini ialah peserta perlu betul-betul sihat, tak ada sebarang penyakit dan tak pernah masuk hospital dalam tempoh dua tahun ini. Tidak obese dan BMI 30 ke bawah sahaja.
Yang belum ada hibah tu, ambillah segera sebab plan ni sangat murah. Semoga setiap keluarga ada satu pelan hibah.
Ambillah plan takaful hibah ini ketika kita masih sihat kerana ianya sangat bermakna pada keluarga seandainya musibah menimpa kita.
Boleh hubungi team #superdaddy dan mereka akan terangkan dengan lebih jelas lagi.
Takaful ini adalah sedekah jariah kita untuk orang-orang yang bakal kita tinggalkan.
Kita nak tinggalkan duit yang banyak tapi takde pulak, harta pun takde. Jadi dengan ambil plan takaful ini kita ada “harta segera” untuk ditinggalkan kepada orang yang tersayang.
Mudah-mudahan menjadi amal berpanjangan dan asbab untuk kita masuk ke syurgaNya.
Aamiin.






