Aku suka lagu ni sebab dia berkisar tentang anak.
Tentang bagaimana seorang ayah meminjam sinar dan kekuatan seorang anak untuk meneruskan hidup selepas kematian isterinya.
It is so relatable to me.
“Pinjam sinarmu Nur Nilam Sari, buat ku merempuhi malam…”
Aku pinjam sinar dan kecerian anak-anak untuk terus kuat. Anak-anak buat aku kuat, buat aku kerja keras, buat aku lebih fokus buat aku gapai dan capai apa sahaja demi diorang bertiga.
“Senyumanmu satu azimat….”
How those kids melt my heart every time they smile. Semua tu rahmat untuk aku. Syukur sangat-sangat.
Jeda.
Okeh, lagu feveret dah habis.
Lagu Nur Nilam Sari ini adalah nyanyia Awie dalam album Search, Bikin Wilayah.
Aku ni sampai opis dah lebih 45 minit, tapi masih kat parking dok layan lagu-lagu lama sambil balas whatsapp dan balas komen.
Begitulah selalunya.