• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Orang Batak

03/08/2016

Pada suatu masa dahulu.

Ketika itu abam masih muda remaja berusia sekitar 21 tahun, abam telah ke Sumatera, Indonesia. Kalau tak silap ianya pada tahun 1995 kot. Mungkin ramai antara korang time tu belum sekolah lagi atau di sekolah rendah. Atau ada yang tengah baca ni masih belum lahir lagi.

Abam sampai di Berastagi sebuah pekan kecil di bahagian tenggara Medan ketika hampir maghrib dan terus check-in di sebuah hotel kecil. Malam sebelumnya abam di Simarjarujung dan usai check-out terus naik bas ke Berastagi.

Perjalanannya masyaAllah, siap ada kerbau berkubang atas jalanraya sebab lubangnya besar sangat. Sakit pinggang, sakit badan dan sakit hati sekali sekala apabila pemandu bas brek secara tiba-tiba akibat takut terlanggar lembu atau kerbau.

Jadi selepas Maghrib abam tertidur. Terjaga sekitar 2 jam kemudian dan perut terasa lapar lalu bingkas bangun menuju ke lobi. Malas dah nak keluar lalu masuk sahaja ke “Coffe House” hotel tersebut.

Tak ingat dah apa abam makan malam tu, mungkin “Fish and Chips” rasanya tapi yang paling ingat adalah ada seorang penyanyi perempuan dan seorang pemuzik yang bermain keyboard sedang mengalunkan lagu Inggeris mendayu-dayu.

Abam pun makan dengan kurang berselera.

Usai makan abam rilek-rilek sahaja di situ sambil minum teh dan dengar lagu. Ada lagu sedih dan ada lagu dangdut. Sempat dengar dua lagu sahaja dan penyanyi pun berhenti dan memohon untuk berehat.

Terdengar tepukan-tepukan kecil termasuk abam sendiri kerana hanya ada 3 orang di dalam coffe house tersebut dan selebihnya di lobi hotel. Abam mengangkat tangan dan memberikan senyuman kepada lelaki bermain keyboard apabila beliau turun dari pentas, lalu dia pun singgah bersalaman dengan abam dan kami pun berborak sekejap.

Kemudian kami bercerita pasal muzik dan alih-alih abam kena naik atas pentas menyanyi. Disebabkan takde orang jadi abam pun tak lah segan sangat. Abam pun boh lagu mendayu-dayu Eric Clapton “Wonderful Tonight” sambil petik gitar.

Belumpun sempat habis abam menyanyi, baru tengah goreng terus ada awek datang masuk berdiri di pintu sambil senyum-senyum kat abam. Abam control macho dan terus menyanyi.

Selesai lagu tersebut terdengar pulak jeritan brader mana entah nak lagu Suci Dalam Debu. Mak aiii, popular sungguh kumpulan Iklim kat Indon time tu.

Abam pun layanlah.

Lepas tu ada lagi permintaan tapi abam buat bodoh jer turun dari pentas. Belum sempat duduk, awek yang datang tadi terus datang bersalaman dengan abam, katanya “lumayan sekali”.

Amboiii nak ngorat ler tu.

Abam pun jemputlah dia duduk sambil berborak-borak pasal itu dan ini. Dia pun bercerita yang dia berasal dari Toba dan berketurunan Batak dan bekerja di kedai bunga di hotel tersebut sudah 2 tahun.

Hampir sejam jugak berborak dan ayat terakhir abam dengar sebelum abam mintak diri untuk beredar.

“Abang, kahwinlah dengan saya” sambil tersenyum manis.

Abam senyum kembali dan terus pura-pura tengok jam dan buat-buat mengantuk. Abam minta diri kononnya nak tidur awal sebab esok pagi langsung nak ke Medan pula.

Bukan abam tak sudi dik, abam pun masih single mingle time tu.

Akan tetapi….

Orang Batak makan orang woihhh. Abam takutttt.

p/s:

Orang Batak makan orang adalah cerita dulu-dulu sebelum mereka ada agama. Lazimnya orang yang dimakan adalah tahanan perang atau banduan yang bersalah di atas pelbagai kes.

Share

Adventure  / Blog  / Experience  / Peoples  / Places  / Travels

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved