Glamer sungguh orang Malaysia. Kalau glamer benda hebat takpe juga, ini yang memalukan.
Itulah yang dikecohkan beberapa hari lepas apabila keluar artikel mengenai seorang landlady Airbnb yang bercerita tentang perangai tetamunya dari seluruh dunia.
Bila dia petik nama tetamu dari Malaysia, memang tak sedap dibacalah.
Baca artikel Daily Mail tersebut di sini.

Saya dah pesan di dalam tulisan-tulisan saya di blog, di FB dan di dalam buku. Kau kalau pergi ke Europe atau ke mana-mana sahaja pelusuk dunia jangan kau bawa perangai jamban kau tu.
“Two Malaysian women booked last year but five of them turned up on the doorstep.”
“There are only two beds,” I pointed out. “Oh, we have sleeping bags,” they replied, and when I demurred, they said: “Only for one night, only for one night.”
“I gave in, and next morning five women trooped down, all in headscarves and long skirts, after what must have been a very uncomfortable night indeed.”
Dah cerita banyak kali dah, kalau bilik yang kau tempah tu untuk 2 orang maka 2 orang sajalah boleh masuk atau bermalam. Bukan macam kat kampung kau, tempah hotel sebilik bawak masuk 7 orang, siap bawa toto bagai.
Kita ni tak kenal dosa pahala bab tu. Asal boleh, asal jimat kita bedal. Kalau di Airbnb tu dah memang jelas dinyatakan bilik untuk berapa orang yang dibenarkan.
Kalau kau sewa apartment pun dia akan nyatakan di situ untuk berapa orang. Kalau dah dia tulis hanya untuk 5 orang, yang kau bawa masuk 7 orang tu kenapa? Sebab kau bayar untuk seluruh rumah eh?
Kau tak sedar ke yang kau dah mencuri di situ? Seolah kau pegi beli spender dan bayar untuk 3 helai tapi kau kaut ambik 5 helai, boleh macam tu?
Ingat kawan-kawan, kita selalu perlekehkan hal macam ni. Alah, kita sewa, kita bayar apa bilik tu, suka hati kitalah nak buat apa pun, berapa orang kita nak sumbat pun. Kita sewa bilik tu, kita sewa apartment tu. Tegas kita lagi.
Padahal kita dah salah guna dan terlebih guna apa dari apa yang kita bayar. Halal ke haram tu?
Lain kali kau tanya dulu tuan rumah. Tak kiralah di kampung kau ke atau di mana-mana pelusuk dunia sekalipun. Kalau dalam iklan tu dia kata rumah homestay tu ada 6 katil maka sudah tentulah untuk 6 orang.
Jadi kau tanyalah dia, “Bang, kita ni satu keluarga besar, ada 9 orang, boleh tak kita sumbat-sumbat dan tidur atas toto atau sleeping bag jer?”
Kalau dia kata ok maka kau bersyukurlah, kalau dia kata kena bayar tambah maka kau bayarlah. Jangan main sumbat masuk sahaja.
Dah tu, bila nak check-out sila lah kemas balik. Letak balik semua benda di tempat asal, kumpul dan buang segala sampah yang kau dan kaum kau tu buat.
Jenguk-jenguklah bilik air dan tandas serta selesaikan apa yang patut. Kalau nampak ada sisa tu silalah cuci dan flush.
Kalau ada apa yang rosak akibat kecuaian kau dan kaum kerabat kau maka maklumlah kepada tuan rumah. Jangan sorok dan berdoa agar tuan rumah tak dapat kesan.
Benda ni semua “common sense” kot.
Hmmm..entahlah. Orang nak travel kau pun nak travel. Orang harumkan nama negara kau pula bagi busuk.
Choiii.







2 Comments
ini sangat memalukan.
Ada kalanya benda tu dah jadi budaya atau amalan biasa mereka itulah mereka rasa tak bersalah tu..