Wahai mak-mak dan gegadis yang cantik.
Ketahuilah olehmu bahawa ada sebuah butik. Jualnya kaftan yang trendy dan cantik. Kalian pasti suka dan gemar yakmat, kerana jenis kaftannya “up-to-date” sangat.
Wahai mak-mak, gegadis dan suri.

Sesungguhnya kaftan ini sangat berkualiti, diperbuat dari 100% cotton viscose. Rekabentuknya pelbagai dan sangat berseni. Ada kaftan moden, kaftan kelawar, jubah kaftan, nursing kaftan, kaftan berlengan dan banyak lagi.
Saiznya juga macam-macam ada. Dari yang kecil anak sehinggalah yang besar dewasa. Yang comel dan katik orangnya, usah dirisau meleret kaftannya. Boleh dipotong panjangnya dengan cuma RM5. Dah sampai nanti boleh terus pakai sahaja.
Bolehlah dibawa tidur sehingga termimpi, boleh dipakai ke dapur sehingga masakan sedap cenggini. Tampak anggunnya digaya ke pasar, walaupuan suaramu nyaring macam halilintar.

Coraknya pula buatan tangan, dilukis atau ditekap oleh mereka yang berkemahiran. Coraknya pula cantik sekali, terasa semuanya ingin dibeli.
Wahai mak-mak dan gegadis yang dikasihi.
Whatsapplah nombor dibawah jika ingin memiliki. Penghantaran percuma untuk follower Superdaddy. Petiklah namanya bila dah nak bayar nanti.
Wahai mak-mak dan gegadis yang baik hati.
Bersamalah kalian membeli di kedai yang ini. Yang terjejas niaganya sejak wujudnya PKP. Semoga kalian dapat bergaya dengan kaftan yang cantik dan peniagaan ini pula dapatlah kembali bangkit.
Sekian.






