• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Overnight Dry Oat Banana Smoothie by SuperDaddy

03/12/2021

Nah kau, sihat betul aku punya breakfast pagi tadi. Overnight Dry Oat Banana Smoothie nama dia.

Biasa sangat dah makan overnite dry oat kan, kalau rasa nak cepat, tuang semua masuk blender dan terus jadi smoothie. Senang sedut, cepat jer habis. Sesuai sangat kalau kita nak cepat.
Paling penting lazattttt. Cuma yang tak best sikit sebab anak-anak asyik ciluk smoothie aku ni. Yelah benda sedap kan. So kena buat ekstra untuk semua.
Nah aku kongsi beberapa resepi smoothie overnight dry oat yang korang boleh cuba:

DALGONA DOO SMOOTHIE.
Bahan-bahan Dalgona:
1 sudu besar serbuk kopi
¾ sudu besar brown sugar
1 sudu besar air panas menggelegak

Bahan-bahan smoothie:
1 Packet DOO
250ml susu penuh krim
Ais (optional)

Cara-cara:
1. Campur bahan dalgona menggunakan mixer sehingga dapat tekstur yang bersesuaian.
2. Blend DOO dan susu.
3. Tuangkan DOO (blended) dan dalgona ke dalam cawan.
Siap!

Ada option lain: COFFEE OAT SMOOTHIE
1. Larutkan kopi dengan sedikit air panas.
2. Kisar bancuhan kopi dengan susu, gula (optional), ais (optional) dan DOO.

Siap!

CHOCOLATE BANANA SMOOTHIE
1 pek DOO
250ml susu penuh krim
1 atau 1½ sudu dark chocolate
1 biji pisang
Ais (optional)
Blend semua sekali dan siap.

COCOA DOO SMOOTHIE
1 pek DOO
250ml susu penuh krim
1 sudu besar serbuk koko
Ais (optional)
Blend semua sekali dan siap!

MATCHA DOO SMOOTHIE
1 pek DOO
250ml susu penuh krim
1 sudu besar serbuk matcha
Ais (optional)

Cara nak buat dia:
1. Larutkan serbuk matcha dengan sedikit air panas.
2. Kisar bancuhan matcha dengan bahan-bahan lain.
Siap!

MANGGA NAGA DOO SMOOTHIE
1 pek DOO
250ml susu penuh krim
½ cawan buah naga (atau secukup nya)
½ cawan mangga (atau secukup nya)
Ais (optional)
Blend semua sekali dan siap!
Haaa cubalah. DOO atau dry overnight oat macam aku tu boleh beli di Shopee:
https://shp.ee/2ekcsst
https://shp.ee/2ekcsst
https://shp.ee/2ekcsst

DOO tu dah ada siap 7 bahan dalam setiap peket. Tinggal tambah susu sahaja. Guna Australian Rolled Oats tau. Rolled oat antara makanan rendah indeks glisemia (GI); memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

Boleh bantu untuk cut portion makanan seterusnya bantu mengawal pengambilan makanan (dan kalori).

Kalau nak lagi sedap dan pelbagai, boleh tambah buah buahan, sayur sayuran atau perisa (kopi dan coklat, misal nya) mengikut selera masing-masing.

Ohh, gelas, straw yang macam aku tu pun ada jual sekali. Gelas kaca tu double wall dan boleh guna untuk sejuk atau panas.

Cubalah weh, dah ler sedap.

Sihat dan berkhasiat pula tu.

#superdaddy

Share

Blog  / Cooks  / Foods  / Peoples  / Recipes  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved