• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Pancake Tembun by Superdaddy

03/08/2021

Budak kecik tu ajak buat pancake tembun. Kita layan lah.

Budak ni yang selalu sangat ajak aku buat pancake.

Yang ni memang senang untuk ajar anak-anak buat sendiri. Walaupun messy, but they do learn something. Depa akan tahu apa guna susu, telur, garam, gula, baking powder dan sebagainya.

Ni ha tepung cap ros aku yang ditutup menggunakan “Sealing Clips With Lid” yang dibeli di Shopee. Best ahh benda ni, memudahkan. Cuma RM3++ sahaja satu.

Sebenarnya aku nak tunjuk “sealing clips with lid” yang aku guna pada plastik tepung tu. Berkesan wehhh. Senang bangat nak tuang tepung ke dalam cawan. Beli di sini tau: https://shp.ee/mzcihyh

Dia kena berlubang-lubang macam ni, baru jadi.

Untuk Pancake Tembun yang sedap, ini resepinya:

1 cawan tepung gandum
2 sudu baking powder
1 cawan susu segar
3 sudu gula
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
2 sudu butter.

Cara nak buat dia:

1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan pukul sebati. Paling mudah kau masukkan dalam blender dan tekan. Siapp.

2. Sendukkan ke dalam kuali non-stick dan biar sampai dia berlubang-lubang sepenuhnya dan balikkan. Biar masak.

Siappp.

Nampak tak ketebalan dan rongga dalam dia. Kalau jadi macam ni maka kira jadilah pancake korang tu.
Nampak tak ketembunan dia tu. Tahap ketembunan adalah bergantung kepada jumlah baking powder yang digunakan.

Boleh hidangkan dengan maple syrup, jem, nutella dan sebagainya. Best juga kalau hidang dengan aiskrim. Dengan sambal bilis pun layan jugak. Tak kisahlah asalkan bahagia.

Macam kita berdua.

#superdaddy
#resepipancake
Share

Blog  / Cooks  / Foods  / Gadgets  / Parenting  / Recipes

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved