• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Pasang Tag Ni Barang Tak Hilang Lagi

16/06/2021

Okeh sebab hari tu beli iTag yang 4 hengget tu bunyi dia manja kemain so aku beli yang Airtag jenama buah epal ni pulak.

Boleh tahanlah harga dia kan, padan dengan logo buah kena gigit kat muka depan dia tu.

Persoalannya sekarang, berbaloi ke tak?

So, selepas aku cuba maka aku rasa, fungsi sebagai tracker dia sangat bagus lah. Dia boleh track jauh sehingga selang 4 buah rumah atau sejauh 800kaki.

Kiri – Apple Airtag beli sini: https://shp.ee/ybac2ng
Kanan – iTag murah RM4.80 tu beli sini: https://shp.ee/cu8ecqa
Key Ring beli sini: https://shp.ee/t2pq8w2


Ini rupa dia. Saiz sebesar duit 20 sen kot. Bateri tu tahan 2 tahun dan boleh tukar sendiri, mudah sangat nak buka dan tukar bateri.
Aku beli dari Kedai Machine di Shopee: https://shp.ee/ybac2ng
Penghantaran pantas.

Nice lah rupa dan design dia tu.
AirTag beli sini: https://shp.ee/ybac2ng
Key ring tu RM2.90 jer: https://shp.ee/t2pq8w2

Bila kau buka jer phone terus detect yang kau ada airtag. Lepas tu dia tanya nak set airtag ni untuk apa, kunci ke, beg ke, laptop ke atau kau bagilah nama dia sendiri. Settle, mudah yakmat.

Bila dah dekat dengan dia maka dia tukar kaler jadi hijau. Maka kau tahu lah dia dah dekat dah tu. Siap dia bagi jarak lagi.
Ini rupa arrow dia, so boleh lah follow. Dia suruh ke kiri maka ke kirilah kau.

Kau boleh tengok lokasi barang hilang tu kat mana, boleh ping bagi dia bunyi atau find dan dia akan keluar arrow untuk bantu kita.

Aku rasa fungsi paling best dia adalah dia ada penunjuk arah. Yelah kalau benda hilang dalam rumah pun walau kau dengar bunyi, memang jenuh jugak nak kenal pasti bunyi datang dari arah mana kan?

So ada arrow yang tunjuk direction sambil bagitau jarak kau dengan benda hilang tu sangat-sangat membantu.

Tapi, bunyi alarm kat Airtag tu sama kuat jer dengan iTag yang aku beli 4 hengget tu. Kalau aku tekan bagi bunyi sahaja dan aku pergi cari memang berpeluh juga nak jumpa.

Waktu siang memang kau sukar nak kenalpasti arah bunyi tu datang dari mana. So mujur kat apps dia tu ada arrow tunjuk arah tu. So cepat dan senang jumpa barang yang hilang tadi.

So, benda ni bagi aku tak worth sangat kalau kau just nak cari barang hilang. Beza harga RM4.80 beli iTag tu dengan RM129 beli Airtag memang kurang berbaloi.

Tapi sebab aku pengguna Apple, so aku don’t mind. Lagipun Airtag jauh lebih kacak dan lawa.

iTag pula aku annoyed dengan apps dia, kejap-kejap keluar noti disconnect lah apa lah. Anak aku bila pegang remote dia dok tekan button kat itag tu, dah kejap-kejap phone aku bunyi alarm.

Tapi bagusnya iTag, kalau phone aku yang hilang, aku tekan butang kat iTag aku akan jumpa phone. Tapi kalau Airtag, phone aku hilang maka hilanglah dia sekali dengan harapanku di angin lalu.

Tapi, tapi still aku boleh find guna Apple Watch atau other device lain yang aku ada. Selagi phone hidup, bateri ada maka boleh jumpa. So aku tak kisah sangat bab tu.

Jadi kalau tanya aku, fungsi Airtag memang jauh lebih best berbanding iTag. Apps dia tak annoyed aku, design cantik, fungsi best. Cuma bunyi dia jer manja dan mahal kemain.

Airtag Aku beli dari Machine: https://shp.ee/ybac2ng

Key ring tu kalau ori seratus lebih, aku beli yang cap ayam RM2.90 sahaja: https://shp.ee/t2pq8w2

iTag tu lagi murah gila dan sangat berbaloi: https://shp.ee/cu8ecqa

So, kalau hampa jenis selalu hilang remote, kunci atau suami, eloklah beli satu.

#superdaddy

Share

Blog  / Gadgets  / Lifestyle  / Peoples  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved