Selesai sarapan yang tak berapa menggembirakan, saya singgah di pasar ini.
Orang ramai kemain tetapi bila tengok ikan, ayam, sayur-sayur dan ulam-ulaman, sesungguhnya ia sangat menggembirakan.
Pasar Besar Seksyen 6 ini adalah pasar kegemaran arwah isteri saya. Walaupun dah berpindah jauh sebanyak 2 kali, pasar ni jugaklah dia nak pergi. Rasa tak berbaloi sahaja drive kemain jauh hanya untuk ke pasar ini.
Namun, siapa tak sayang bini oihhh. Layan jer.
Ini kali pertama saya datang tanpa dia. Masih ke gerai-gerai yang biasa disinggahinya. Sedih juga bila terbayang kelibat dia memilih ikan dan sayur di gerai kegemaran dia.
Takpelah, itu adalah sebahagian memori yang akan sentiasa saya kenang sampai hujung nyawa. Hidup perlu diteruskan.
Gembira juga bila dapat beli barangan yang fresh belaka.
Misi “gembira” telah selesai.
Petang ni nak up resepi lah.
Leave A Reply