• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Perangai Hodoh Orang Kita Di Kolam Renang

25/10/2016

“Ayah, bilas dan keringkan sikit dulu baju tu” tegur seorang anak kepada ayahnya. Lalu si ayah pun membuka baju lalu mencelupkannya ke dalam kolam mandi, membilasnya dan memerah airnya kembali ke dalam kolam.

Diulang-ulang perbuatan tadi beberapa kali dan memakai kembali baju tersebut dan terus beredar meninggalkan kolam renang dengan selambanya.

Tuala yang telah digunakan pula dibiarkan berselerakan di atas kerusi begitu sahaja.

Aduh, orang macam ni pun masih wujud kah?

Kenapalah dibilas dan diperah pakaian mandi awak tadi di kolam renang? Itu bukan kolah bilik air di rumah awak. Itu juga bukan besen untuk mencuci pakaian. Itu adalah kolam renang yang mana ketika itu ramai orang sedang mandi manda bersama keluarga.

Salahkah atau berat sangatkah tuala yang telah digunakan tadi untuk diangkat dan dimasukkan ke dalam bakul yang telah disediakan? Waktu ambil tadi pandai pula ambil ditempat yang disediakan. Lepas tu tak reti nak pulangkan.

Mentang-mentang awak bayar RM250 semalam maka semua staff hotel tu kuli awak?

Nak kata kolot sangat pun, nampak gaya bukannya jenis pertama kali tidur hotel dan mandi kolam renang. Tetapi, sikap dan perbuatan tersebut sungguhlah tidak beradab. Memanglah tadi awak dah mandi dengan pakaian yang sama, dah memang terendam dah di dalam kolam tu.

Tetapi bila awak bukak baju, celup, bilas dan perah semula air tadi ke dalam kolam renang maka ianya sangatlah menjolok mata dan menganggu ketenteraman awam.

Ibaratnya macam awak kencing dalam kolam tetapi kali ini semua orang tengok. Geli oiii. Hilang selera saya nak terus berenang. Mujurlah memang dah keluar kolam dan nak balik ke bilik dah.

Tidak dinafikan yang air kolam renang awam di mana-mana pun tercemar dengan pelbagai sisa seperti ludah, kencing dan sebagainya. Tapi benda tak nampak, boleh tahan lah. Pejam mata jer. Tapi bila nampak orang buang kahak siap bunyi dan ludah balik dalam kolam dan juga aksi membilas dan memerah air baju kembali ke dalam kolam adalah sangat-sangat menjijikkan.

Tolonglah jangan buat macam tu.

Kita hidup ni kalau tak boleh nak membantu memudahkan dan memberi keselesaan kepada orang lain maka janganlah menyusahkan dan menganggu ketenteraman orang lain.

Ingat, hidup ini bukan sekadar “hablumminallah” yakni menjaga hubungan dengan Allah sahaja dengan bersembahyang, berpuasa, berzakat dan sebagainya. “Hablumminnas” yakni hubungan kita sesama manusia juga perlu dijaga.

Adab yang baik dengan tidak menganggu ketenteraman awam seperti cerita di atas adalah contoh anda menjaga hubungan sesama manusia.

Renung-renungkanlah.

 

© 2016 KHAIRUL ABDULLAH. Hakcipta Terpelihara

hotelkencing dalam kolamkolam renagludah dalam kolampublic pool
Share

Blog

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Tips Pengembara: Pilihan Penginapan Alternatif Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
21/12/2015

8 Comments


khairuddinlim
25/10/2016 at 8:45 pm
Login to Reply

Memang kurang ajar…itu dikatakan mentaliti sampah.



hayati ghazali
26/10/2016 at 9:16 am
Login to Reply

Mungkin orang kita terlalu mengejar akhirat (tak semua) dan mengenepikan dunia..dunia maksud saya seperti yang En Khairul sebutkan di atas seperti hubungan baik sesama manusia..tak terkecuali dengan alam sekitar dan haiwan…maka terjadilah perkara di atas…sedih !!!



Shahrudin Ibrahim
26/10/2016 at 10:16 am
Login to Reply

Salam En Khairul ,

memang ada segelintir pihak yang berbuat sedemikian , saya ada terperasan . Akan tetapi adakah cara cara untuk menegur sikap tersebut ? ini kerana sikap orang kita memang pantang di tegur (mengikut pengalaman saya) . bolehkan tuan memberikan cara untuk mengatasi masalah ini .

Terima kasih atas perkongsian , harap dapat membuka mata semua pihak supaya lebih peka .



    Khairul Abdullah
    26/10/2016 at 10:49 am
    Login to Reply

    Waalaikumsalam En Shahrudin,

    Untuk menegur sikap sebegini memerlukan kekuatan. Tidak ramai orang yang boleh menegur dan tidak ramai yang berani. Selain itu biasanya yang ditegur pula tidak boleh menerima teguran. Jadi orang kita lebih suka ambil sikap jaga tepi kain sendiri sahaja. Saya juga begitu, tidak suka untuk menegur kerana kelak dikhuatiri akan terjadi pergaduhan. Namun saya sentiasa menegur mereka yang lebih muda dan yang dirasakan tidak akan memberi masalah kepada saya.

    Jadi, saranan saya, cuba dulu menegur orang yang lebih muda dengan cara yang lembut. Saya biasa menggunakan perkataan atau ayat seperti berikut ” Assalamualaikum Dik, boleh tak kita berikan kerusi ni untuk akak mengandung tu? kesian dia” atau “Dik, boleh tak kalau habiskan rokok tu dulu dan baru naik lif ni, kesian orang lain nanti bau rokok tu”. Cuba untuk tidak melarang tetapi menggalakkan untuk tidak melakukannya.

    Jangan cakap “dik, jangan kau hisap rokok dalam lif” atau “dik, bangun boleh? bagi kerusi kat akak tu” dan ayat2 yang agak keras. Saya juga kadang-kadang terlepas ayat yang agak keras kerana geram marah dan sebagainya namun kalau boleh cuba elakkan.

      Reen
      27/10/2016 at 1:12 am

      Ayat seperti kita nasihat anak-anak yang masih kecil 🙂

Perawat Sihir
28/10/2016 at 5:25 pm
Login to Reply

Assalamualaikum KA,

Orang yang tiada kesedaran sivik sebegini banyak yang kita boleh lihat. Ada di mana-mana, atas jalanraya, dalam bas, dalam shopping kompleks, tandas awam dan sebagainya.

Sebagai contoh, orang merokok. Dah tulis kawasan larangan merokok, tapi masih merokok. Tak cukup membahayakan diri sendiri, turut membahayakan orang lain.



    Khairul Abdullah
    30/10/2016 at 12:07 pm
    Login to Reply

    Orang begini pentingkan diri dia sahaja. Apa kesan kepada orang dia tak pernah fikir pun.

Nornaniza
31/10/2016 at 11:19 am
Login to Reply

Assalamualaikum.

Penah pegi di satu kolam renang di putrajaya. sambil main air sambil makan eskrem. da menyirap tengok. pastu masa dah keluar dari kolam, bawak anak ke shower, family yg sama, anak nak muntah agaknya da makan sambil main air tu makanan naik ke tekak, bole tak parent hala anak dia tu muntah depan kami yg dok mandikan anak. pastu biar macam tu masuk kolam balik…haiiiiiii rasa nak menjerit gegak gempita je dengan perangai buruk macamtu. Geram!!



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved