“Daddy what plate are made of?”
“What? What plet?”
“Plate, the one that we put food on it.”
“Ohhh. It’s made from plastic, some made from, porcelain, clay or glass.”
“Is it the same glass just like our windows?”
“Yes it is.”
“Ohh. What about clay? How come plate made from clay? It doesn’t look like one.”
Hmmm. Macam biasalah kena cerita dengan detail. Mujoq aku tau semua benda ni, takyah lah nak Google sangat, kan.
Apa pun jom kita sama-sama belajar sikit pasal jenis pinggan ni.
1. Earthenware – pinggan diperbuat dari tanah liat yang tidak dihaluskan atau tidak ditulenkan dan dibakar dalam tanur dengan suhu rendah. Jadi dia ada noda atau bintik-bintik bendasing gitu. Dia juga telap air kalau yang tak dikilatkan.
2. Stoneware – juga diperbuat dari tanah liat namun diperhalusi dan takde bendasing serta dibakar dalam tanur yang bersuhu tinggi. Ia lebih cantik dan boleh masuk microwave dan tak mudah terkelupas.
3. Porcelain – atau dipanggil juga Fine China, diperbuat dari mineral tanah liat dipanggil kaolin dan dibakar pada suhu yang sangat tinggi dan dia akan bertukar menjadi seakan kaca. Kebanyakan pinggan kita pakai hari ini dibuat dari porcelain.
4. Bone China – pembuatan dia sama macam porcelain cuma ditambah abu tulang. Biasanya digunakan tulang lembu sebanyak 30%-40% ke dalam campuran porselin. Namun diyakini ada banyak jenama menggunakan tulang babi. Jadi nak beli pinggan sila tengok cetakan di belakang tu. Bone China ni warna dia putih jernih. Boleh pakai ke tidak? Ada fatwa kata boleh ada fatwa kata tak boleh. Sebaiknya elakkan.
5. Glass – diperbuat dari kaca. Ni jenis pinggan paling mudah pecah. Asal jatuh jer pecah, asal pecah jer jatuh.
6. Polycarbonate – pinggan plastik yang keras, jatuh tak berderai, baling lembu pun masih boleh ambil cuci dan pakai balik, kena pijak pun masih tak jadi apa. Kalau nak beli cari yang ada label BPA Free okeh.
7. Melamine – pinggan ni nampak cantik macam kaca, tapi ringan dan tak mudah pecah. Tapi boleh pecah jugak la kalau pergi ketuk dengan penukul.
8. Vitrified Glass – Pinggan mangkuk dia diperbuat dari campuran vitrelle, sejenis kaca yang dilapisi sehingga 3 layer. Jadi dia ringan, kuat dan tak mudah pecah. Brand paling popular ialah Corelle yang dihasilkan oleh Corningware.
9 Tin – Pinggan, talam dan koleh popular zaman dulu diperbuat dari tin dan disadur dengan enamel. Sekarang ni dah popular balik. Ada dato tu siap buat brand dia sendiri lagi.
Haaa, now you know.
Tapi kan, makan atas daun pisang jugak paling sedap, kan?







Leave A Reply