• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Perokok Bawah Umur

18/08/2016

“Encik, boleh tolong belikan rokok untuk saya? Nah ini duitnya. Tuan kedai tu tak nak jual kepada saya sebab saya terlupa bawak IC” kata seorang remaja kepada seorang lelaki yang sedang berjalan masuk ke sebuah kedai.

Itu bukan dialog yang kita biasa dengar di Malaysia, namun dialog tersebut sering didengari oleh para pelancong yang berkunjung ke Jerman.

Para remaja bawah umur 18 tahun diharamkan membeli rokok kerana undang-undang menetapkan sebegitu. Oleh itu para peniaga di mana-mana sahaja sama sekali tidak akan menjual rokok kepada remaja bawah umur.

Setiap kali peniaga akan meminta kad pengenalan jika ada remaja yang cuba membeli rokok ataupun alkohol. Oleh itu para remaja mencari taktik baru iaitu dengan menggunakan pelancong.

Mereka akan berpura-pura yang kad pengenalan mereka tertinggal dan meminta pelancong untuk membantu membelikan rokok untuk mereka.

Seringkali mereka berjaya mendapatkan bantuan para pelancong, kerana pelancong tidak tahu apa-apa. Kalau minta tolong orang tempatan memang jangan harap lah nak dapat.

Remaja di bawah umur 18 tahun juga selain diharamkan membeli rokok, mereka yang berjaya membeli rokok turut juga diharamkan menghisap rokok di khalayak ramai.

Jadi jarang kelihatan para remaja merokok di tempat terbuka. Kalau yang nampak macam remaja tetapi merokok tu kebanyakannya dah lepas 18 tahun.

Bukannya tak ada langsung tapi sukar kelihatan.

Kita pulak dialognya berbeza.

“Abang, tolong pergi kedai beli rokok ayah” kata seorang lelaki macho kepada anak sulung beliau.

Hmmmm…apa nak jadi lah gamaknya yer.

ENTAHLAH…I dont know.

#mentalitijamban

Nota: Had umur standard untuk merokok adalah sekitar 18-21 tahun di seluruh dunia. Had umur paling rendah adalah 14 tahun di negara Timur Tengah seperti Mesir, Iraq, Afghanistan serta beberapa negara di benua Afrika.

Share

Believe It or Not  / Blog  / Experience  / Peoples  / Places  / Tips  / Travels

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved