Kelam-kabut ambik anak-anak tadi aku sampai rumah lambat. Tengok jam dah 6.30 lebih dah, terus berdesup masak nasi dan buat Gaeng Som okeh.
Gaeng Som? Ala sama la yang kau tulis Kengsom tu.
Sedap betul hirup kuah dia tu.
Masam, masin, manis, pedas, lengkap secukup rasa.
Aku buat dalam masa tak sampai 15 minit dan hanya perlu 4 bahan sahaja.
2 ketul ikan apa-apa pun boleh. Ikan Siakap atau ikan Merah memang sedap.
1 genggam kangkung.
½ biji nenas dipotong kecil.
1 pek pes Gaeng Som oleh Dapur Thai Aroy.
Nak buat dia pun senang kemain.
1. Didihkan 800ml air dan masukkan 1 pek pes gaeng som dan potongan nenas.
2. Terus masukkan ikan dan biarkan 10 minit.
3. Masukkan kangkung, kacau sekejap dan tutup api.
Taraaaa.
Siap seperti gambar di bawah.
Rasa dia padu, macam kat restoran tepi apartment aku waktu duduk Bangkok dulu cuma kurang pedas.
Anak-anak boleh join hirup sekali.
Jadi, kalau korang nak rasa Gaeng Som sedap ni boleh contact Puan Zulita Zu sendiri samada pm atau whatsapp dia.
Kalau tak suka Gaeng Som, depa ada juga pes Masak Merah, Ladna, Tiga Rasa, Pad Prik, Tom Yam dan Rhad Prik. Ada pek kombo, okeh.
Mudah kemain nak masak makanan Thai lepas ni. Setiap pek tu boleh masak untuk makan 5 orang okeh. Berbaloi-baloi.
Cubalah.







Leave A Reply