• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Peserta Kelas Seni Bercerita

25/07/2020

Ini gambar kat opis aku Isnin lepas.  Diorang ni datang ramai-ramai nak belajar mengeja dengan betul.  Aku layan je lah.

Nah aku kenalkan.

Tukang ambil gambar (semestinya takde dalam gambar), PA aku Kak Ungku Nor

Paling kiri sekali, ustaz Firdaos Rawi, dia pandai berlari.  Kalau follow dia korang pun pandai lari.  Sebab dia ustaz maka korang akan pandai mengaji sekali.

Dua dari kiri, ustaz jugak.  Geng ustaz ni memang suka dengan aku.  Kau kalau nak belajar faham benda tersirat maka kau followlah dia.  Ilmu tinggi Ustaz Mahfuz Ali ni tau.

Tiga dari kiri tu, kau nampak jer dia nganga luas gitu, tapi suara tak keluar pun.  Jenis pemalu apa ntah, aku pun tak tahu.  Tapi dia ni tokey besar.  Kalau kat Lembah Klang ni dia pegang.  Kau follow lah Hafiz Rahman tokey Kepok Lekor Losong dengan jenama Piskepok.

Yang pakai baju paling kacak tu, kira paling ranggi lah.  Dah ler kacak, rambut tocang kemain.  Dia tu perunding kewangan okeh, tengok dressing pun dah tau.  Kau kalau nak bijak urus wang dan kaya raya kau followlah Ben Mohamed ni.

Dua dari kanan yang paling cool tu kau jangan cerita lah.  Nanti semua tu tak boleh cari makan.  Sambil pegang phone pun boleh buat bentuk love.  Nampak tak, betapa penyayangnya dia.

Yang kanan sekali tu Kak Ummi Yahaya.  Sebab dia paling senior, aku tak berani nak cakap bukan-bukan.  Tapi dia ni orang bijak hartanah.  Kau kalau nak cari tanah, nak beli rumah nak jual rumah kau roger dia okeh.

Kau kalau follow diorang dan kau baca dia tulis tak sedap maknanya dia datang jumpa aku tu hanya untuk makan nasi ayam sambil minum air Katira Durrany asli dan padu yang disponsor oleh akak Nurhayati Abd Malek dan bergambar sambil gelak dengan aku.

Itu jer.

Sekian.

#SuperDaddy

Share

Blog  / Events  / Peoples

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved