• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Pilihlah

13/09/2019

Waalaikumsalam Puan,

Terima kasih kerana menghubungi saya.  Saya harus memohon maaf kepada puan kerana rasanya tidaklah dapat saya membantu bagi meringankan tekanan yang puan hadapi ini.

Saya bukanlah seorang pakar yang boleh memberi tunjuk ajar atau nasihat berkaitan depression atau kemurungan ini.  Benda begini harus didiagnos oleh pakar dan mereka ada rawatan yang sesuai.

Saya yakin puan telah berusaha, telah redha, telah lakukan pelbagai cara untuk mengatasi tekanan tersebut.  Namun jika ianya tidak berjaya maka berjumpalah dengan pakar.

Mereka adalah orang yang terbaik yang dapat membantu puan.

Lagipun, lelaki dan wanita ini sifatnya berbeza puan.

Naluri dan perasaan juga berbeza.  Apa yang saya cadangkan mungkin tidak sesuai dengan fitrah puan sebagai wanita.  Lelaki mungkin lebih mudah move-on atau move-forward berbanding wanita yang mana perasaanya jauh lebih mendalam.

Saya sekadar boleh memberi nasihat dan semangat kepada puan untuk terus kuat, terus tabah dan teruskan hidup.  Itu sahaja, kerana itu juga yang saya sendiri lakukan.

Puan,

Hidup kita adalah tentang pilihan.

Puan pilih untuk hidup yang bagaimana.  Jika puan pilih untuk terus berduka maka puan akan terus berduka.  Jika puan pilih untuk kecewa maka puan akan terus kecewa dan jika pilih untuk sakit maka puan akan terus sakit.

Benar kita berduka, benar kita kecewa.

Saya juga sangat berduka apabila kehilangan pasangan yang sudah menjadi sebahagian dari diri saya.  Hampir 20 tahun puan hubungan kami, satu tempoh yang sangat panjang.  Sepatutnya saya lebih tertekan, lebih kecewa lebih derita.

Namun saya memilih untuk bangkit teruskan hidup.

Saya mahu gembira, saya juga mahu bahagia.  Jadi saya bangun setiap pagi dengan semangat, sentiasa look forward aktiviti apa yang saya akan buat pada hari tersebut.

Saya pedulikan cakap orang, buang jauh nasihat atau pesanan yang banyak melukakan dari menyenangkan.

Saya juga tidak biarkan diri berseorangan, saya sibukkan diri.  Dengan 3 orang anak yang masih kecil saya memilih untuk sambung belajar.  Sudahlah sibuk dengan kerja, uruskan anak-anak dan sambung belajar lagi.

Semuanya demi untuk menyibukkan diri saya.

It works for me.

Saya juga mengenang, saya juga ada kalanya menangis bila merindu.  Namun itu adalah pilihan saya.  Saya memang memilih untuk merindui dia dan kenangan kami bersama.  Sebab di dalam mengenang bahagia yang pernah kami kecapi itu sangat mendatangkan bahagia buat saya.

Saya tidak depress atau tertekan.  Cuma selalunya kepenatan.  Lelah akibat komitmen atau rutin yang padat.  Itu sahaja.  Namun saya bahagia kerana berpenatan dan berlelahan demi diri dan anak-anak saya.

Jadi, puan pilihlah.

Hidup yang bagaimana puan ingin lalui.  Nak jadi kuat atau lemah, nak pilih bahagia atau derita.

Diri kita, kita yang kawal, kita yang tentukan.

Selalulah bersujud dan berdoa tanpa jemu.

Saya doakan semoga semuanya dipermudahkan buat puan.

Terima kasih.

#SuperDaddy

Share

Blog  / Peoples  / Tips

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved