Saya dan Khaleef cuba memetik buah oren yang terdapat di sepanjang jalan di sekitar Kota Rome. Dah digabung kedua ketinggian kami namun masih belum cukup untuk sampai. Jadi kami hanya mampu tersenyum bergaya di depan kamera.
Pokok oren ini ditanam sebagai pokok hiasan di pinggiran jalan kota Rome. Bukan di semua kawasan namun memenuhi hampir di keseluruhan jalan di kawasan bandar yang lebih moden dan kurang tumpuan pelancong.
Sambil berjalan penuh kekaguman dan kegeraman melihat buah oren yang melintuk-liuk di dahan yang berjuntai tersebut, kelihatan sepasang orang putih yang sangat tinggi memetik buah tersebut dan memakannya.
Melihat dari gaya lompatan kecil dan riak muka mereka ketika mereka menyuap ulas pertama ke dalam mulut maka saya yakin buah tersebut sangat pahit dan masam. Jadi saya batalkan hasrat untuk mencuba.
Kata orang, pokok oren jenis ini dipilih untuk ditanam kerana daunnya tidak gugur sepanjang tahun. Jadi selain dari memberi efek warna dan keseronokan kepada lanskap jalanan, ianya juga mudah dijaga dan diselenggara.
Kalaulah pokok mangga Harum Manis ditanam di sepanjang jalan di Kuala Lumpur ni, apa akan jadi yer?
ENTAHLAH, I dont know.







Leave A Reply