Kuncinya, rajin.
Itu sahaja yang boleh aku cakap bila orang tanya aku macamana aku boleh buat macam-macam benda.
Ada yang tanya macamana aku boleh jaga anak kecil. Ada yang tanya macamana aku boleh pandai masak, pandai urus rumahtangga. Ada yang tanya macamana aku pandai menulis dan macam-macam.
Aku sama macam orang lain. Bukan tiba-tiba aku cekap uruskan anak-anak, pandai tukar lampin, buat susu, mandikan bayi, potong kuku, hentikan tangisan, memujuk dan sebagainya.
Aku sama juga macam orang lain, bukannya tiba-tiba pandai memasak. Pandai buat puding, ciskut, tomyam, roti jala, murtabak, mee kari, macam-macam jenis kek dan sebagainya.
Aku sama juga macam orang lain, bukannya tiba-tiba pandai menulis. Aku ambik masa 7 tahun berlatih menulis setiap hari sehinggalah penerbit tawarkan aku untuk menulis buku. Baca balik tulisan aku mula-mula dulu boleh bikin korang murung.
Dulu FB ini waktu aku mula decide nak serius menulis aku cuma ada 900 friends sahaja. Dalam masa 7 bulan aku fokus menulis follower aku dah dekat 49 ribu orang. Aku tulis buku semuanya pernah masuk carta bestseller dan 3 dari 6 buku aku tercalon untuk anugerah.
Kuncinya, rajin.
Kawan-kawan aku yang kau kenal kat sosial media ni yang ada ratusan ribu follower tu pun bukannya tiba-tiba dia ada pengikut sebanyak itu. Bukannya tiba-tiba dia pandai menulis, bukannya tiba-tiba dia pandai memasak dan pakat dok berlawan up resepi.
Semuanya rajin belaka.
Buat sesuatu perkara berulang-ulang sehingga mahir.
Bukannya hari ini pertama kali kau masak terus sedap ya amat. Namun selepas berkali-kali akhirnya kau tahu dah macamana. Campak-campak pun dah sedap ya amat.
Bukannya hari ini kau start tukar lampin dan buat susu baby terus kau berjaya buat dengan cemerlang. Kau tergagap-gagap, terhegeh-hegeh dahulu lepas tu baru kau terrer. Namun bila kau rajin buat, kerap buat maka di malam yang gelap dengan lampu samar-samar pun kau boleh buat susu anak dengan pantas sekali.
Bukannya hari ini kau mula menulis dan esoknya kau terus power dapat 100 ribu follower dan terbit buku 8 buah terus. Namun bila kau rajin, tulis dan terus tulis maka satu hari kau akan jadi fluent. Nak tulis 1000 patah perkataan tu kau ambik masa 30 minit sahaja dan sedap pulak tu.
Kenapa orang berjaya?
Rajin adalah kuncinya.
Istiqomahlah dalam berbuat sesuatu sehingga ia jadi rutin yang menyeronokkan.
Jadi, kau rajinlah.
Hanya dengan rajin sahaja kau akan dapat apa yang kau nak.
Begitulah.
Leave A Reply