Ini anak bongsu aku, Khaleed, umurnya 4 tahun.
Dia ni “troublemaker”. Kalau bermain dengan abang-abang maka pasti akan ada drama tangisan, guling dan bergusti atau bertumbuk berserta jeritan dan segala macam.
Dengan si kecik ni aku letih fizikal.
Segala yang berselerak dalam rumah ni punca dari dia. Abang-abang dah tak bersepah sangat dah, tapi dia ni memang menguji betul.
Dia ni nak menang segala. Attention atau perhatian mesti lebih kepada dia. Kalau dia datang dan peluk aku lalu dengan bangganya berkata pada abang-abang dia “this is my daddy” maka jangan siapa berani mencabar.
Aku tak tahu macamana dia berani bertumbuk dengan abang dia yang jauh lebih besar tu.
Hidup dia berputar sekitar aku.
Kadang-kadang kesian jugak sebab bila abang-abang bercerita pasal mommy, dia macam blur. Dia cuma kenal dalam gambar dan video sahaja. Tak boleh nak join dengan kami bila bercerita pasal arwah mommy.
So memang aku banyak lebihkan perhatian kepada dia.
Kesian jugak si abang-abang tu.
Tapi aku dah cakap kat depa, aku tak bezakan kasih sayang antara depa adik beradik. Cuma dekat si baby ni aku kena lebihkan perhatian sedikit. Dia kuat memberontak, kuat merajuk, semua nak dimanjakan.
Jadi malam-malam, aku peluk dia dulu. Aku peluklah sampai dia lena. Abang-abang dia tak kisah. Nanti tengah malam aku tidur pulak dengan yang tengah tu. Dekat nak subuh aku tidur pulak memeluk si abang sulung tu.
Anak-anak suka dipeluk.
Bangun pagi diorang sedar aku tidur dan peluk diorang. They like it, just like I do.
Jenuh jugak nak sama ratakan layanan pada anak-anak ni agar tak ada yang berkecil hati. Kita tend untuk menangkan yang bongsu sampai yang sulung terasa.
So aku kena belajar banyak lagi macamana nak bagi anak-anak tak terasa dengan aku setiap kali depa semua nakkan perhatian.
Susah jugak noh jadi mak ayah ni.
Kena terus belajar dan belajar untuk tambah skill parenting ni.
So aku baca ebook “Rahsia Didik Anak Sulung” ni.
Banyak aku belajar pasal “love language”, “parent-centric”, “holistic-parenting”, “parental self control” dan lain-lain lagi.
Lagi sejam jualan buku ini akan ditutup terus. Rugi kalau terlepas kali sebab ada 4 ebook bonus yang bernilai RM280.00 dalam set tu.
Boleh tengok di sini:
https://proparenting.onpay.my/order/form/bordas2cdm/205