Sebelum sampai rumah aku singgah Speedmart sebab susu si adik belum dapat dan garam dengan telur aku lupa beli tadi.
Punyalah ramai dan sesak dengan manusia.
“Dik, garam kat mana?”
“Bang, garam tinggal sepeket tu jer, telur pun 2 papan tu jer,” kata adik yang tengah susun megi sambil tunjuk garam kat aku.
“Amboi, depa borong habis?”
“Tulah, baik abang ambik sekarang. Khamis ni baru kami restock bang, lambat lagi. Ni megi pun saya dah 3 kali susun baru. Dah habis kat stor. Dari pagi customer tak putus-putus bang.”
Tudiaa.
Lantas aku ambil garam dan telur serta 2 pek susu formula dan lolipop serta Pocky untuk anak-anak.
Aku keluar dengan bersusah-payah di tengah kesesakan manusia bertali arus keluar masuk di kedai yang kecil dan sempit itu walaupun kebanyakan raknya telahpun kosong.
Hmmmm.
Leave A Reply