• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Resepi Cendawan Maitake Bersama Hirisan Daging Panggang

07/11/2019

Siapa suka makan cendawan?  Pernah dengar tak cendawan Maitake?  Datang jauh dari Jepun ni tau.

Maitake ni rupa dia seakan sama cendawan tiram yang kita biasa masak tu tetapi berbeza di bahagian pangkal dia.  Saiz lebih kurang sama tetapi paling ketara beza dia adalah teksturnya yang lebih kenyal dan rangup.  Dah rebus, dah jadi sup, dah goreng pun masih terasa rangup dia tu.  Lain macam tau dia punya sedap.  Paling best cendawan ni banyak Vitamin D yang membantu menguatkan sistem immunisasi badan.  Dia juga anti-oksidan serta mengandungi serat yang tinggi.  Makanan sihat ni.

 

 

cendawan maitake

Cendawan Maitake di dalam pek berharga RM5.90 di AEON

rupa cendawan maitake

Rupa cendawan maitake

Memandangkan cendawan ni terbang jauh dari Jepun dan hanya boleh dibeli di AEON sahaja maka hari ini saya nak masak biar nampak special sikit, tetapi sangat mudah.

Nak goreng dengan sos tiram sahaja dan nak hidangkan dengan nasi dan daging jer pun.  Tetapi biar nampak gempak dan international sikit.

Jom mula.

Bahan-bahan yang perlu ada.

1 pek kecil cendawan Maitake
1 steak daging
1 batang karot
1 batang timun jepun
1 pokok daun ketumbar
1 inci halia
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
Bijan
Butter
Sos tiram
Kicap pekat manis
Lada hitam
Garam

Cara nak masak dia begini.

1. Taburkan garam pada daging dan perapkan dengan sedikit sos tiram dan sedikit kicap.  Taburkan lada hitam dan biarkan seketika.

2. Panaskan kuali grill dengan api sederhana.  Panggang steak daging tadi sehingga masak. Terpulang pada citarasa masing-masing, kalau suka betul-betul masak atau omputih panggil “well” maka masak 5-6 minit setiap belah.  Kalau suka daging yang masih juicy sikit maka kita buat “medium” dalam 4 minit jer sebelah.

Waktu grill tu letak sesudu butter untuk bagi umphh lagi.

3. Lepas tu kita buat salad mudah.  Guna pisau pengupas kulit dan racik karot dan timun panjang-panjang.  Racik halia halus-halus juga.  Masukkan dalam bekas, masukkan satu sudu cuka makan, sedikit gula dan juga garam dan gaul rata.  Siap.

Giliran cendawan pula.

4. Cendawan tu basuh dahulu dan kemudian carikkan mengikut saiz yang dikehendaki.  Tumis bawang putih dengan butter, masukkan 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu kicap.  Masukkan cendawan dan bawang besar.  Kacau dalam seminit dua lalu terus angkat.

5. Hidangkan cendawan tadi bersama daging dan nasi dan taburkan daun ketumbar dan juga bijan seperti di dalam gambar.

Cendawan Maitake bersama hirisan daging panggang dan nasi

Kepingan cendawan Maitake yang rangup dan kenyal

Hirisan daging panggang yang lazat

Mudah kan?

Makanlah dengan mata yang terpejam dalam setiap suapan dan kunyahan.  Cendawan ni dia ada rasa “Umami” iaitu sejenis rasa yang ekstra bukannya manis, masin, masam atau pahit.  Rasa ekstra ni tau, special.

Sedap wehhhh.

Esok juga kau pergi AEON dan cari cendawan ni, tak mahal pun dalam RM5.90 sahaja satu pek.  Kau boleh buat sup, buat tomyam atau goreng sahaja macam dalam resepi ni.

Memang berbaloi.

Cubalah.

KHAIRUL ABDULLAH
#ResepiSuperDaddy
#MaitakeMushrooms

acar timuncendawan maitakedaging panggangkhairul abdullahmaitakenasi putihresepiresepi cendawan
Share

Cooks  / Recipes

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

50 Tips Penting Untuk Sewa Kereta & Memandu Di Eropah
06/04/2017
Secara Tak Sedar Kita Ambil Hak Orang
05/12/2016
Emak Sedap Minum Kopi Dan Tinggalkan Bayi Di Luar
12/10/2016

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved