• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Resepi Hasselback Potatoes Ala SuperDaddy

26/07/2020

Kalau petang-petang gini rasa dah boring makan goreng pisang atau keropok lekor, nah kita makan kentang pulak.  Style lah sikit ye dak?

Jom hari ni aku share dengan korang resepi Hasselback Potatoes.  Makanan orang Sweden ni weh.  Alah sama lah kat Ikea tu pun makanan depa jugak.

Bekas pun cun jugak.

Jom kita buat sama-sama.

Bahan-bahan yang kena ada:

10-15 biji kentang kecil yang comel lotey tu.  Aku pakai yang sedang sebab takde yang kecil.  Tak perlu kupas, bersihkan dan keringkan.
6 sudu minyak zaitun, yang dara boleh terlebih dara pun boleh.
3 ulas bawang putih
5 helai daun selasih (basil) dicincang halus
3 tangkai parsley, kalau takde ganti daun ketumbar.  Lebih kurang jer tu.  Cincang halus.
Garam dan lada hitam secukup rasa.

Cara nak buat dia.

1. Kelar nipis kentang tu.  Ikut macam gambar.  Kemudian letakkan dalam tray yang dah lapik kertas parchment tu.  Susun elok-elok kemudian renjis dalam 2 sudu minyak zaitun tadi.  Kemudian tabur garam dan lada hitam.

Ginilah selepas dikelar dan susun dalam tray. Aku guna kentang saiz sederhana 5 biji jer.  Kalau pakai yang comel kecik tu lagi best, sekali ngap jer sebijik.

2. Masukkan dalam oven dan bakar selama 50 minit dalam suhu 220 darjah Celcius.

3. Dalam mangkuk kecil, masukkan bahan yang dicincang tadi bersama baki minyak zaitun dan sagat bawang putih ke dalamnya dan gaul sebati agar jadi macam sos lah.

Hensem kemain macam tukang masak dia.

4. Dah siap jer kentang tu terus hidang dan renjiskan sos tadi ke atasnya.  Boleh tabur garam dan juga lada hitam sekali lagi jika mahu.

Siap dan hidangkan.

Cicah cheese wehhh.

Boleh makan gitu jer atau boleh cicah sos.  Cicah cheese paling masyuk sekali.

Untuk anak-anak aku tak letak sos tu tapi aku bagi cicah cheese dan mayonis.  Macam cheesy wedges tu.

Cubalah.

#ResepiSuperDaddy
#HasselbackPotatoes

Share

Cooks  / Foods  / Recipes

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved