Dah lama saya tidak berkongsi resepi di sini. Bukan sebab saya tidak memasak tetapi saya tidak mempunyai masa untuk mengambil gambar, menulis resepi dan memuat naik ke dalam blog saya yang tak seberapa ini.
Namun hari ini saya mempunyai masa dan kebetulan saya bermimpi makan daging dendeng di Restoran kegemaran saya di Seksyen 7 Shah Alam. Meleleh air liur dibuatnya.
Maka saya mencari kesempatan hari ini untuk mencari bahan dan mengolah resepi dendeng ini agar lebih mudah saya memasaknya.
RESEPI DENDENG DAGING
Bahan A
1 kilo daging lembu – dipotong saiz sederhana besar sekitar 4 jari dan direbus sehingga lembut tetapi jangan sampai terlalu empuk dan kemudian SIMPAN AIR REBUSAN.
Bahan B
8 ulas bawang putih
5 biji bawang besar (sederhana)
1 inci halia
1 keping kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
Bahan C
3/4 cup kicap lemak manis
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
6 helai daun limau purut – dicuci dan ramas
3 batang serai – diketuk / dititik
3 sudu cili kisar – kalau nak pedas lagi sila tambah kalau taknak pedas sila kurangkan.
1/2 sudu kecik pes asam jawa
CARA PENYEDIAAN
Kesemua bahan-bahan (Bahan B) tadi di mayang halus. Panaskan minyak dan goreng hingga keemasan kesemua bahan tadi, angkat dan toskan.
Daging yang telah direbus tadi (Bahan A) dipotong nipis dan tumbuk. Boleh guna penumbuk daging atau lesung batu.Β Goreng daging yang telah ditumbuk menggunakan minyak goreng bawang tadi sekejap sahaja kemudian angkat dan toskan.
Panaskan 3 sudu besar minyak masak (boleh gunakan kuali yang sama tadi) dan tumiskan (Bahan C) iaitu cili kisar, daun limau purut dan serai sehingga pecah minyak kemudian tambah sedikit garam dan gula.
Kemudian masukkan kicap manis bersama pes asam jawa dan tambahkan air rebusan daging tadi sekitar 5Β senduk.
Masukkan daging yang telah digoreng tadi dan kacau sebati. Tutup sehingga air tersebut kering sedikit dan seterusnya masukkan separuh Bahan B yang telah digoreng tadi dan kacau sebati.
Sekiranya nampak dendeng tersebut terlalu kering, tambah sedikit air rebusan daging tadi. Rasa dan tambah garam atau gula sekiranya perlu.
Akhir sekali taburkan sebahagian lagi Bahan B tadi sebagai hiasan.
Siap!
Sedap di makan bersama nasi ataupun roti. Boleh dibuat sebagai sandwich
34 Comments
Lapar
Saya dah kenyang π
sedap dimakan begitu saja…
Yer..betul tu π
Tq for resepi..
Sama-sama π
Macam sedap ja Tn Khairul…..:)
Haha..kalau ikut tekak saya memang sedap lah..tekak orang lain saya tak tau π
kompem sedap ni..
tapi saye baru terbaca, darah A kena kurangkan makan daging. hhhmmmm…
Wife saya kata sedap..so sedap lah. Nasib baik saya darah B+ so boleh makan bayak daging heheh π
Tengah-tengahari ni tengok makanan buat lapar je…pergghhh…mesti lazat ni!
Cukup lazat bagi saya sekeluarga π
lol…sampai mimpi ek…hahaha…
hari ni terasa nak masak rendang ayam…tak pernah lagi masak rendang… x tau mcm mana the outcome π
salam tak pernah mencuba tapi buat best jer.
tq resepi…sekali akak buat bole makan banyak kali (malas nak masak selalu) he he
betul ke bawang merah xboleh dicampur dgn bawang putih dalam satu masakan?
Sangat tidak betul.
boleh tak kalau gula tu guna gula melaka?
Boleh sangat
Dah cuba…
Senang dan mudah buat..
Rase pun ok walaupun 1st wat.. Hehehehe..
Tq sharing…
tq for the resipi.saya suka sangat
Lol KA, kalo singgah PJ Old Town..dekat traffic light Public Bank tu, ada seorang Pak Cik Jawa jual rendang ayam dan daging dendeng ni..
PERGH..SODAP GILER siot.
tq resepi ni mmg best
tq for the recipe. Nanti wiken ni nak try buat..insyaAllah.
Selamat mencuba!
This looks good. I wonder what are the consistency that we should get from the meat? Is it crunchy, hard, or just boiled tender? What of we did not fried the beef and just use the boiled one, would it be the same?
The meat should be boiled medium (just like when youre having steak) neither rare nor well done. If you didnt fried the beef then it wont be called dendeng i supposed and I never know how it gonna turn out. You should try it for yourself.
Tk share resepi dendeng daging
Mohon share
Silakann π
mohon share…nk try raye nanti…hihii
Silakan.
Sama-sama.
Sama-sama.