• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Resepi Mudah Kari Ayam

04/05/2014

Kari ayam khairul abdullah 1

Baru balik dari Berlin semalam dan rasanya dah lama tak makan nasi. Padahal baru 3 hari tak makan nasi di Berlin, tetapi dah 3 hari juga tak makan nasi di Frankfurt ni, maka dah hampir seminggu.

Maka, godeklah peti ais dan tengok apa yang ada – ayam. Terus teringat kari atau orang utara macam saya panggil gulai.

Saya memasak ditemani Khaleef yang membebel sakan, sejak pandai bersuara ni membebel dan menjerit sahaja kerjanya.

Lebih kurang 35 minit diambil untuk menyediakan kari ayam saya ini.

Berikut adalah resepinya.

Bahan-bahan.

1 kilo ayam – dibersihkan dan diperap dengan sedikit garam

2 paket kecil serbuk kari daging/ayam (tak perlu campur air sebab nak tumis kering)

1 biji bawang besar dihiris nipis

5 biji bawang putih – di tumbuk atau dikisar

1 inci halia – ditumbuk atau dikisar

1 tangkai daun kari

3 biji ubi kentang dipotong kecil

Air asam jawa dan garam secukup rasa

Cara Penyediaan

1. Panaskan kuali atau periuk dengan 5 sudu besar minyak masak.

2. Tumiskan bawang besar bersama bawang putih dan halia sehingga naik bau.

3. Perlahankan api dan masukkan serbuk rempah kari tadi dan kacau cepat-cepat sebab takut hangit sehingga masak sekitar 1 minit dan tambah air sedikit supaya rempah menjadi cair (jangan banyak air). Kemudian kacau perlahan2 sehingga pecah minyak.

4. Setelah terbit minyak masukkan daun kari dan kacau seketika dan masukkan kentang bersama ayam dan kacau sebati.

5. Biarkan seketika sehingga ayam menjadi sedikit kecut dan kemudian tambah air dan santan atau susu (sekiranya mahu). Kalau nak kuah pekat, kurangkan air dan santan tadi. Kalau nak kuah cair untuk di makan bersama mee maka lebihkan air.

6. Renehkan dengan api yang perlahan sekitar 15 minit dan kemudian masukkan asam jawa dan garam secukup rasa.

7. Hidangkan

Kari ayam khairul abdullah

Mudah kan? Bagi yang biasa memasak memang mudah sebenarnya namun kalau yang tidak biasa atau jarang-jarang atau baru nak cuba memasak maka berhati-hati ketika menumis rempah kari kerana sekiranya api yang terlalu kuat dan anda tidak kacau dengan cepat maka rempah akan hangit dan kari anda akan pahit.

Selamat mencuba saya ucapkan. Ada ke yang nak cuba? ENTAHLAH..I Dont Know.

signature

abdullahcara memasak gulaicara memasak karicara mudahgulai ayamgulai utarakari ayamkari utarakhairulresepi kari ayamresepi mudah
Share

Cooks  / Foods  / Recipes

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

You might also like

Resepi Mudah Yang Orang Lelaki Wajib Tahu
16/12/2016
Tips Pengembara: Pilihan Penginapan Alternatif Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
21/12/2015
Cuti Bersalin Setahun Dan Dapat Duit Setiap Bulan
03/10/2015

37 Comments


Cik Misstree
04/05/2014 at 5:47 pm
Login to Reply

Perenggan akhir ada tips yang bagus cara-cara nak masak gulai.



    Khairul Abdullah
    05/05/2014 at 11:23 am
    Login to Reply

    Ia bergantung kepada jenis gulai dan cara masakan. Kalau cara saya begitulah.

muliati
04/05/2014 at 8:36 pm
Login to Reply

memang susah bagi org seperti saya yg tak biasa buat gulai…sudah mensia-siakan peluang duk utara lama tak belajar buat gulai..hehehe



    Khairul Abdullah
    05/05/2014 at 11:26 am
    Login to Reply

    Sekarang dah tak perlu dok kat utara utk belajar cara nak buat gulai. Google kan ada 🙂

twin
05/05/2014 at 4:48 am
Login to Reply

KA, bagilah resepi kari kepala ikan pulak..!



    Khairul Abdullah
    05/05/2014 at 11:26 am
    Login to Reply

    Nanti saya tanyakan resepi kat orang rumah..dia yang biasanya buat kari kepala ikan Salmon untuk saya 🙂

      twin
      10/05/2014 at 9:46 am

      Camne rupa kepala ikan salmon ye? Kat sini biasa kepala ikan merah atau siakap je…

        Khairul Abdullah
        12/05/2014 at 12:23 am

        Haaa…cuba gi beli kepala salmon and try buat. Sedap oooooooo 🙂

Lina Chan
05/05/2014 at 4:07 pm
Login to Reply

sedapnyaaa…nk cuba buat lah…lepas tu makan dengan roti jala 🙂



    Khairul Abdullah
    06/05/2014 at 10:36 am
    Login to Reply

    Kannn…tapi kena potong ayam n kentang kecil2 lah 🙂

Ladywindsor
06/05/2014 at 9:13 am
Login to Reply

Memang mudah, sekarang ni pun saya dok belajar masak dengan orang utara ni..



    Khairul Abdullah
    06/05/2014 at 10:41 am
    Login to Reply

    Wahhh..dengan chef terkemuka lah tu. Still in London?? Kami nak pergi bulan depan nih 🙂

KNK
07/05/2014 at 10:29 am
Login to Reply

Cerita pasal gulai, saya orang Ipoh dan berkahwin dengan orang Alor Setar. Suami mahu gulai ayam. Saya masakan gulai lemak cili padi ayam. Di Ipoh, gulai merujuk kepada gulai lemak berwarna kuning.

ini bukan gulai. ini masak lemak – kata suami.
lain kali sebutlah kari – kata saya.

Pengalaman pertama 🙂



    Khairul Abdullah
    12/05/2014 at 1:22 pm
    Login to Reply

    KNK,

    Hahaha..betapa salah tafsiran terus menu menjadi lain 🙂 Kat kedah apa saja masakan kari dipanggil gulai..kecuali mee kari tidak dipanggil mee gulai.

Ir Mohd Zakir Kamunri
29/05/2014 at 4:32 pm
Login to Reply

Tuan kalau kes masak-masak memang hebat, tahniah Tuan !….:)



nur syafiqah
20/06/2014 at 12:03 am
Login to Reply

KA, nak tanya. air yg sikit tu agak2 bnyak mana? saya xbiasa masak,baru nak cuba2..so xpandai agak sikit banyak tu mcmna.tq



    Khairul Abdullah
    20/06/2014 at 9:32 am
    Login to Reply

    Nur Syafiqah,

    Pertama sekali waktu menumis kari tu masukkan dalam setengah cawan air dan kemudian setelah masuk ayam tadi tambahlah air sekitar 2-3 cawan dan tengok dulu, kalau rasa terlalu pekat atau kuah terlalu sedikit maka tambahlah lagi sedikit demi sedikit sampai puas hati.

Mira Zulkifli
19/08/2014 at 7:49 am
Login to Reply

Gonna make this ^^



Shida Lom
01/09/2014 at 4:23 am
Login to Reply

Add a comment…



fathin
19/09/2014 at 9:43 am
Login to Reply

Nmpk senang je msk kari tu..KA xpakai adik bradik kayu Manis, cengkih n etc ye?



    Khairul Abdullah
    19/09/2014 at 11:16 am
    Login to Reply

    Saya tak pakai semua tu. Tapi kalau nak boleh masukkan adik beradik tu ketika mendidih sebelum matikan api. Jadi bau dan rasanya akan ada tapi tak terlalu kuat.

Siti Farishah An
11/10/2014 at 5:54 am
Login to Reply

saya nak cuba.. 🙂



farishah
11/10/2014 at 7:55 am
Login to Reply

saya nak cuba 🙂



Aina Joy
20/11/2014 at 1:17 am
Login to Reply

saya minta izin nak mencuba resepi ni yaa



    Khairul Abdullah
    21/11/2014 at 11:17 am
    Login to Reply

    Saudari Aina,

    Next time tak payah mintak izin yer..boleh terus mencuba 🙂

Farah Aaina
20/11/2014 at 1:17 am
Login to Reply

saya minta izin nak mencuba resepi ni yaa



Wedy Reira
26/11/2014 at 6:37 pm
Login to Reply

Hahaha baru je saya bertanya pasal kari ayam. Saya check2 balik posts awak haa jumpe pon. But nak tanya peket kecil kari tu besau mane ye…sbb saya ada peket besar kari ayam/daging adabi. Boleh bagi dalam gram ke?

Teringin nak buat besok with roti jala. Bahan semua ada rasanya so takyah la nak turun kedai lagi hikhik. Harap awak jawab soalan saya secepat mungkin huhuhu… waaaaa entah mungkin masa kita mmg berbeza. Kat Abu Dhabi ni 4 jam lewat dari Malaysia. Dah duk sini baru reti nak ke dapur. Tq in advance.



    Khairul Abdullah
    26/11/2014 at 6:42 pm
    Login to Reply

    Haha…selamat mencuba. Serbuk kari peket kecil tu 25gm kalau tak silap saya.

Nurul Shuhada
18/12/2014 at 3:20 am
Login to Reply

Terima kasih.. hari nie jugak syer terus buat.. hehehehehe



Nor Azwana
23/12/2014 at 11:12 am
Login to Reply

Sy bru je buat ni..tp sy tak suke lh rempah yg sy beli li..rempah dia gelap sikit..selalu beli Baba's..btw…sy tambh cili kering (mesin) dlm rempah nk bg pedas sikit..tp resepi ni simple n sedap ^_^



Khairul Abdullah
23/12/2014 at 2:31 pm
Login to Reply

Terima kasih kerana mencuba 🙂



unnamed
28/01/2015 at 7:04 am
Login to Reply

I am a traveler. Baru dua hari balik kg, tiba2 my dad asked me to cook kari ayam. Cuak gila2. Dalam hati, “Aku x tahu masak. Abah ni x tahu ke?”. Kelam kabut Google and I found yours. Cerita jadik x jadik je la kari saya. Thanks for the recipe!



Comel Comot
28/01/2015 at 8:40 am
Login to Reply

dap dap dah try ni. menjadi hihi simple n cepat



Gwiyobta Azhar
28/01/2015 at 8:40 am
Login to Reply

dap dap dah try ni. menjadi hihi simple n cepat



syazwani abdul wahab
27/06/2015 at 8:06 am
Login to Reply

Yummy..saya selalu masak kari ayam gune resepi en khairul..amat mudah sedap…:D



    Khairul Abdullah
    27/06/2015 at 8:07 am
    Login to Reply

    Terima kasih Syazwani 🙂

Aniz Jerie
04/07/2015 at 10:19 am
Login to Reply

Ak bwu wt xd utk bbuka..xtaw ase ap kn cz xleh ase..thnx sudi kongsi..



Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved