
Lama benar rasanya saya tidak menulis. Hampir 2 minggu lamanya. Bukan menghilangkan diri – cuma sibuk dengan rutin harian. Namun, di pagi Khamis yang sejuk dengan salji yang tidak berhenti sejak beberapa hari lepas, saya ada sedikit masa untuk diluangkan dengan memasak dan menulis serta membaca.
Seawal pagi, perut sangat lapar kerana tidak makan pada malam sebelumnya dan oleh itu, sarapan haruslah besar (big breakfast) pagi ini. Jadi, saya sediakan pasta, yang paling mudah, cepat dan sedap iaitu Aglio E Olio. Hanya perlu spaghetti, bawang putih dan juga minyak zaitun sebagai bahan utama dan juga sedikit oregano, coriander dan serbuk cili sebagai pelengkap rasa.
Di dalam bahasa Itali, aglio e olio secara literalnya bermaksud “bawang putih dan minyak” dan itulah 2 bahan utama di dalam meyediakan pasta tersebut. Namun versi asal ini telah dipelbagaikan dengan penambahan “seafood” daging, sayuran dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing.
Saya pula gemarkan versi asalnya dan kadangkala saya tambahkan udang yang digoreng terlebih dahulu dengan mentega. Namun, pagi ini – saya sediakan versi saya secara ekspress, sebab dah terlalu lapar.
[spoiler intro=”Recipe” title=”Klik Untuk Lihat Resepi”]
Bahan-bahan
Segenggam spaghetti (seorang makan)
4 sudu besar minyak zaitun (extra virgin)
3 ulas bawang putih – dihiris nipis atau dicincang.
3 tangkai daun Β koriander atau parsley, namun parsley tidak akan ada rasa.
Sedikit serbuk oregano.
1 sudu kecil serbuk cili (atau boleh digantikan dengan cili padi)
Garam secukup rasa.
Cara penyediaan.
Masukkan 1 liter air ke dalam periuk bersama 2 sudu besar garam. Biarkan mendidih dan masukkan spaghetti. Selepas 7 minit, matikan api dan biarkan seketika.
Sementara itu potong bawang putih dan koriander.
Panaskan kuali dengan 4 sudu besar minyak zaitun dan tumiskan bawang putih.
Apabila bawang hampir kekuningan – masukkan separuh hirisan daun koriander.
Toskan spaghetti dan terus masukkan ke dalam kuali dan kacau. Masukkan oregano dan lebihan daun koriander.
Kacau seketika dan hidangkan.
Tambahkan garam sekiranya kurang masin dan lada hitam dan cheese sekiranya suka.
[/spoiler]

Mudah bukan untuk menyediakannya? Kalau di Itali, hampir semua lelaki sekurang-kurangya tahu bagaimana menyediakan makanan ini.
Dan, saya juga berharap yang setiap lelaki Melayu di luar sana sekurang-kurangya boleh memasak resepi mudah ini untuk diri sendiri, anak-anak atau isteri dan juga untuk “impressed”kan teman wanita anda. Jangan hanya tahu masak mee segera sahaja.
Adakah anda (lelaki) sanggup mencubanya? ENTAHLAH..I dont know…tetapi itulah harapan saya.
![]()







60 Comments
Assalamualaikum KA,
Lama jugak menyepi.. ingat balik kampung..
BTW, cerita psl resepi ni.. dulu akak first belajar dr kaum Adam jugak. Mmg berkat ilmu yg diajar. Hatta sampaikan tiap kali balik Msia.. Omak & Ayah sure akan mintak akak buat utk moreh.
p/s;
Again.. salute to you..
Tp bila dah tengok KA buat ni.. mcm terasa-rasa pulak nak buat jugak.. tapi “kurang rajin”.
Waalaikumsalam Kak Sham,
Nanti bulan 8 baru nak balik kampung..cuti panjang π Sekarang cuma sibuk sikit. Pasti akak punya spaghetti tu lebih sedap dari saya.
p/s:
Terima kasih. Akak kalau kurang rajin nanti susah…ada banyak perut yang lapar nanti π
akak suka lagi laki yang tak pandai masak kot… sebab yg pandai masak ni sah cerewet ..
bukan ngata KA yea.. hahahaa…
Err Ahkak….saya terasa lah..mmg ada sedikit sifat begitu. Tetapi saya kurang peduli..diam2 saja..apa orang masak…saya bedal jer π
salam Khairul,
haaa i suka spaghetti aglio olio ni.. ini bukan utk lelaki je.. untuk mommies yang kekadang kehabisan idea nak masak apa..this is a life saver…hehehe..
Wsalam Blu,
Yer…a lfe saver indeed. Paling cepat, mudah, sedap. Better than maggi mee.
Menu yg saya akan buat bila teringin nak makan pasta segera. Tapi cheese mesti kena letak jugak kalo tak mcm tak sempurna my pasta atau western food.
Welcome back, Khairul…
Eliza,
Yeah..for some, cheese is a must. Saya tak letak sebab takde dlm fridge tu π
Thanks.
simple & senang..sy pun dh pening.. breakfast apa nak buat utk my kidz..asyik2 cereal, sandwhich..diaorg pun dh boring..haha..maknye sgt rajin kan..bole la buat esok..
Eza,
Aah lah..kalau saya jadi anak2 pun boring..asyik itu jer π hehehehe. Takpun cuba tgk blog Blu http://stove2oven.blogspot.com dia buat mcm2 bfast kat anak dia…meriah gitu. Boleh tiru π
hmm…saya gerenti..aci potong sayur, tak ada lelaki Melayu tahu menyediakan spaghetti A E O ini…kecuali kalau dia adalah chef, maka dia akan tahu menyediakannya sama ada nak yg βel denteβ atau tidak. Even kalau lelaki itu nak memenangi hati makwe dia pun dia tak akan belajar masak A E O ini sebab katanya…katanya ya..kat Secret Recipe ada jual..jadi lebih baik dia tapau jer bagi makwe dia..kehkehkeh!
iskk..kena cari pakwe Italy la plak yer sebab saya suka makan menu yang bangsa pasta atau spaghetti ni..mwahahaha mimpi lagi! ceittt LW ni hidupnya berangan jer..awak kena bear in mind ya Khairul…
LW,
Ehh..jangan potong sayurrr….saya kan lelaki melayu? dan saya bukan chef ok. π
Oh yer..will bear in mind. And for me berangan tu penting yer..utk “memotivate”kan diri.
o ye lupa..ada lelaki Melayu di Frankfurt..dan awak bukan chef..dan boleh masak spaghetti AEO dengan jayanya…
ok saya tambah menu baru dalam list bila saya visit Frankfurt nanti…kwang3x! π
Hahaha..tau takpe π Dah makin panjang list awak yer.
suami sy tak pndai memasak kecuali masak air,maggie,goreng nugget–‘
Pn. Fadzilah,
Nasib baik pandai goreng nugget…syukur lah tu. π
Patut lah bila akak buka blog KA masih entry yang sama je…akak ingat mesti KA pergi jalan2 makan angin ke….
Husband akak masa duduk US dulu buat part time kat Cafe Uni dia…Cafe Uni di punyai oleh Kumpulan Marriot Hotel…masa tu pandai juga lah dia memasak….tapi bila balik malaysia tak pernah sekali pun dia memasak….entah lah dia cakap, you je lah masak…kerja I cari duit je…acaner tu….den pasrah je lah KA janji apa den nak ekau boli kan.
Kak Sherry,
Takde maknanya nak gi makan angin time winter ni π
Takpelah..biar dia cari duit banyak2…yg penting apa ekau nak den bolikan π
tak letak coriander tak per kan… saya pantang skit bau daun ketumbar ni.. tak bleh nk mkn nanti.. hahaha..
err.. nk tanya satu, kenapa sesekali saya rebus spagheti jadi keras ek? ada waktunya elok jer lembut. nk kata tk cukup lama, dah lama sgt. atau terlebih lama?
Su,
Tak perlu letak coriander.
Spaghetti jadi keras? Tak pernah pulak terjadi kat saya. Mungkin cara rebus kot. Saya biasanya bila air mendidih baru masukkan spaghetti dan biarkan sekitar 5-6minit dan matikan api.
skrg ni nk xnak dia kena buat juga,sbb dah ada new born baby..kita dah tentu sibuk nk kelek baby..so apa yg dia hidang,mkn je la..huhu~
Hahaha..bagus lah kan. At least nak jugak dia buat. Sedap ke tidak belakang kira lah kan..yg penting effort.
dah terlambat utk memilih π
harap2 bakal menantu nanti pandai masak
menu yg ringkas tpi sedap dan mengenyangkan
Hahaha..dah terlambat yer. Mudah-mudahan bakal menantu Irfa nanti pandai masak. Aminnn.
beb, boleh try ni. nampak sedap sangat2 ni
June, ko suruh Kiki yang try yer.
Brp byk kamera video dperlukan spjg pengambaran ni? *ok soklan mmg xde kene mngena ngan resepi* lol
FC,
Hanya satu kamera diperlukan dan digunakan sepanjang penggambaran video tersebut π
Kebetulan hr ni tekak nak makan spaghetti simple2 juga.. Untung tau lelaki pandai masak dan rajin masak… π
Heheh..sape yang untung eh? π
Hai KA…yay my iftar for today…thanks to u..thanks to google π
Azie,
Awesome! Youre most welcome π
yezzzz
Hi,saya sedang mencuba untuk masak aglio olio ni. Lepastu, jumpa blog ni. Awak pakai olive apa ya? Nama olive oil tu. Sebab banyak kan. Hehe. Thanks.
Miss Rafael,
Nama brand yg saya pakai ialah Amasol (german’s brand). Tak kisah pakai yang mana pun…lagi mahal atau premium lagi best.
So simple n easy..i should try.. π
Mel, yeah you should π
Salam…Mr. KA
Today sy masak spaghetti Aglio E Olio ni…Alhamdulillah ..thanks for resepi..sedapppppppnyaaa…sy ada tmbah udang sotong n cendawan skit…udang n sotong sy goreng dulu ngan butter mcm y KA ckap..but cendawan tuh sy masukn terus n cendawan tuh mcm x der rasa lah… π
eh saya ada cakap udang kena goreng dengan butter ek? Udang atau sotong biasanya saya goreng dahulu..dah separuh masak baru masukkan bawang putih dan kemudian terus masukkan spaghetti. Saya tak rekomen masukkan cendawan, namun kalau nak masukkan jugak tak perlu goreng dulu cendawan tu. Masukkan cendawan last sekali sebelum nak angkat.
wowwww.. abg Khai masak sindri laaa
Mestilahhhhh π
Khairul Abdullah best tol tgk…
pasni hani nk try resepi ni… hehehehe
Hannie Farhani Silakan yer Pn Hanie.
Khairul Abdullah hahahahha.. cik ok.. orait.. t cik hani try..
tgk gamba jk dah terliur… leh cuba π
http://www.mnmforlife.blogspot.com
salam. Tq share resipi, kena try sebab nampak sgt menguja & mengiurkan. Hehehee…teruskan share dgn kami ye.
Anis, InshaAllah saya akan terus share selagi mampu. Selamat mencuba yer π
assalam..nak tnya..klu tukar kan bwg putih tu dgn bwg merah agk2 bole x? sbb sy mmg xbole mkan bwg putih ni..
W’salam,
Boleh jer tukar tapi dah tak jadi aglio olio dah. Resepi ni pentingkan bwg putih sebab rasa asas dia adalah bwg putih dan nama dia pun spaghetti bwg putih dan minyak zaitun. Jadi kalau awak nak, boleh tukar pakai bawang merah tapi rasa macmana tu saya pun tak tau lah sebab tak pernah cuba.
Boleh cuba dan bagitau saya macamana rasanya yer. TQ.
waaa…simple giler….mlm ni jgak saye try…TQ
dah setahun tinggalkan maggi sbb masalah kesihatan…Nampak gaya ni boleh gantikan maggi ni…pantas dan tuntass..hihi thanks for sharing..
Youre most welcome dan selamat mencuba.
Salam, saya dah try.. Senang dan mudah.. Dan sedap, hahaha.. Thanks bro..
Sama-sama dan terima kasih kembali kerana mencuba.
boleh ker…letak chesse yg kraf tu..yg mkn dngan roti tu…boleh ker??
Ehhhhh jangan! Kalau nak letak cheese guna parmesan cheese sahaja yer.
Terbaikk ahh siap buat video gi. Cenggini (y)
Terima kasih kerana menonton π
Wow…….ini sangat simple. Memang bagus kalau tengah malas2 nih.
Selamat mencuba π