Jom aku cerita pengalaman best dan tak best hampir 3 tahun aku guna benda alah RFID ni.
Paling best?
Hmmm sebab lane RFID ni tak banyak kereta, hampir sentiasa kosong, so lebih pantas lah. Tak payah que panjang waktu peak hour.
Best juga sebab aku tak payah risau takut baki tak cukup. Sebab kat TouchnGO eWallet aku set auto topup. So sangat mudah untuk aku dan tak perlu risau tersangkut. Boleh track pula setiap perbelanjaan toll aku setiap bulan dengan lebih mudah.
Tapi yang selalu tak best adalah kerap sangkut.
Entah kenapa ada lorong yang smooth jer dia buka palang tu, ada lorong yang kau drive dengan speed yang sama tapi tak detect. Jenuh kau undur then lalu balik pun tak detect. Sampai 2-3 kali baru detect. Lemah.
Kalau lorong yang kau selalu masuk setiap hari, ada peluang kau akan mudah lepas sebab kau dah tahu speed yang sesuai untuk dia detect. Itu pun ada chance sangkut juga. Aku rate 8:2, means 10 kali kau lalu, 8 kali lepas 2 kali sangkut.
Aku sentiasa saspen kalau lalu lorong di highway yang aku jarang lalu. Memang kena slow terhegeh-hegeh sikit bila masuk lorong tu sebab takut dia tak detect. Nasib baik lepas, nasib tak baik maka jenuh kau berundur depan belakang 2-3 kali baru lepas.
But so far aku suka sangat guna benda ni. Kalau tak takkan sampai 3 tahun aku bertahan guna dia ye dak?
Dulu mula-mula depa perkenalkan benda alah ni, leceh nak dapatkan dia. Kena daftar, buat appointment, pergi ke pusat pemasangan, kena bawa geran kereta bagai baru boleh pasang.
Sekarang tidak lagi.
Pergi ke stesen Shell, beli jer kat kaunter RM35, tak silap aku. Lepas tu pasang sendiri. Dia tunjuk instruction lengkap dari start nak pasang sampailah nak activate guna apps TouchnGO tu.
Atau beli sahaja di Shopee:
Official TNG Shop: https://shp.ee/aykfgmh
Other Shop yang murah: https://shp.ee/qskxp89
Kau boleh pilih nak pasang kat cermin depan bahagian atas belah kiri atau kat lampu depan belah kiri. Ada pro n cons juga nak pilih tempat nak pasang ni.
Aku pernah pasang kat cermin (windshield) depan, tapi bila cermin aku pecah, nak ganti cermin maka dah tak boleh pakai dah. Pasang kat lampu pun sama juga lah, kalau lampu tu pecah, kena ganti maka dah tak boleh pakai dah.
Sticker RFID tu once tampal maka kira kekal di situ. Kau tanggalkan jer terus dia tak function dah. Kalau orang curi pun tak guna, memang takkan boleh pakai.
So far nak beli dan pasang sendiri benda alah RFID tu memang mudah yakmat. Aku hari tu lepas ganti cermin depan yang retak, aku singgah Shell jer dan beli satu.
Tak sampai 10 minit siap pasang.
Dia ada bagi link untuk tengok video cara nak pasang kalau kau tak faham instruction atau gambarajah dia tunjuk kat pek dia tu. Dalam masa 24 jam dia akan activate sticker/tag RFID tu. Tapi pengalaman aku dalam masa sejam jer dah activate dan boleh guna dah.
Nak taknak memang kau kena start guna dah RFID ni. Nanti depa dah nak mansuh terus kad touch n go dan juga smart tag. So boleh start belajar guna sementara lane RFID tu masih tak sesak.
Selamat mencuba dan selamat ber”saspen” bila lalu lane RFID buat pertama kali.
Dap dup dap macam nak akad nikah wehh.