Adakah dengan tawaran wang belanja RM3,000, di AEON kita hilang adab, hilang akal, hilang tanggungjawab dan hilang harga diri?
Sangat dukacita dengan sikap mereka yang tinggal troli berselerakan di depan kaunter pembayaran seperti gambar yang viral hari ini.
Tidak terfikirkah susah payah pekerja yang perlu menyimpan dan menyusun kembali semua barangan? Itu kalau barangan yang tidak rosak, kalau yang jenis mudah rosak bagaimana?
Pasti pemilik pasaraya mengalami kerugian yang sangat banyak. Hari ini mereka rugi lagi apabila terpaksa menutup sebahagian operasi bagi membolehkan mereka mengemas kembali semua sisa dan porak peranda yang dilakukan oleh mereka yang kecewa oleh RM3,000.
Tidak merasa sekelumit berdosa di dalam diri apabila telah merosakkan barangan yang bukan milik sendiri dan membuatkan orang lain kerugian?
Ohhh, AEON syarikat besar, mereka kaya kita tak perlu risau, kata sesetengah dari mereka.
Begitukah?
Wajar atau tidak cara yang dilakukan oleh TMJ tidak mewajarkan kita untuk tinggal segala barangan bersepah-sepah sehingga rosak dan merugikan orang lain.
Tidak susah pun untuk tolak kembali troli ke pasaraya dan simpan kembali semua barangan di tempat asalnya. Kalau tidakpun, simpan kembali barangan yang mudah rosak secepat mungkin.
Tetapi, orang kita ni begitulah. Tak pernah peduli pasal orang lain. Dosa merosakkan barang orang pun dia tak takut apatah lagi nak pikir kesusahan pekerja untuk menyusun semula barangan dan mengemas kembali.
Alahh, dah kerja diorang. Buatlah, jangan makan gaji buta katanya.
Gila hebat orang kita ni.
Hebat.
Hebat.







Leave A Reply