Inilah Roborock S7, bijak dan rajin budaknya. Aku jer yang malas.
Setelah sebulan lebih aku tak mengemas rumah, hari ni selesai juga. Sambil-sambil monitor anak-anak PDPR kat atas, aku kat bawah suruh bibik robot aku ni vakum dan mop. Aku sebut “Hey Siri, clean up the living room!” aahh gittew. Menonong terus dia pegi vakum dan mop.
Seketika kemudian, sambil dok goreng ayam dengar suara dia bagitau, “Cleaning is complete. Returning to dock.” dengan nada manis dan manja ibarat seorang bibik yang diimport dari Las Vegas, Nevada slang dia tu. Takde buat muka dan marah-marah pun.
Lega aihhh, rumah dah kemas.
Satgi lepas anak selesai semua, bolehlah lunch dengan tenang dan aku boleh sambung buat assignment.
Nak beli satu?
Harga dia RM2K++ lah jugak. Beli di Shopee: https://shp.ee/9zc2ykd
Kalau bateri dia penuh, dia boleh bekerja 3 jam lebih non-stop. Bateri nak habis dia balik rumah dan caj sendiri. Tapi agak lama juga nak caj dia tu, mau 3-4 jam jugak.
Dia kenal mana lantai, mana karpet. So dia takkan vakum karpet tu. Naik atas karpet dia vakum kuat sikit. Dia juga tahu kawasan mana dia boleh pergi atau tak dibenarkan pergi. Bijak tauuu.
Kualiti pembersihan dia?
Well, its worth it. Habuk semua hilang, lantai bersih walaupun tak sekilat kau tonyoh dengan tangan. But I promise, you’ll be very satisfied. Dah 2 tahun lebih aku guna dia, berbaloi.
So para suami semua, sesuai sangat ni nak beli satu buat jadi bibik kat rumah. Memang harga agak mahal, tapi berbaloi sangat.
https://www.facebook.com/729777276/videos/475743844231067/
Biar korang suami isteri tidur lena dan robot ni buat kerja pukul 2-3 pagi tu. Kau set jer kat phone tu kau nak dia kerja pukul berapa, nak dia vakum dan mop area mana semua kau boleh set.
Lagi satu, bibik ni takde kebolehan menggatal mahupun menggoda. Cuma suaranya sedap dan comel sahaja. Celik mata, rumah bersih dan isteri gembira.
Ehhh, kalau kalau nak yang murah sikit dalam RM700++ dan yang agak bagus dan ramai puas hati boleh cari Xiomi punya: https://shp.ee/52sjm5z
Oklah, nak pi siap masak lunch sedap-sedap hari ni untuk anak-anak PDPR yang kelaparan tu.
Sekian.