• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Robot Vakum Baru Yang Lebih Canggih

19/06/2021

Kah kah kah, kena beli robot vakum baru juga nampaknya kita.

Ecovacs Deebot T9 ni lagi rajin baq hang. Dia buang sampah sendiri. Yer sampah yang dia vakum tu dia boleh kosongkan sendiri. Bila balik ke rumah dia, semua yang dia sedut tadi dia akan buang ke dalam bekas khas.

Lawa jugak kaler putih ni kan? Harga RM1799 tak termasuk rumah dia (charging station) tu. Kena tambah dalam RM500++.

Ini dia rupa tempat sampah dia tu bila dibuka dari atas.

Selama 30 hari, kita tak perlu buat apa. Kalau tiap-tiap hari dia vakum, maka bekas sampah tu lepas 30 hari kita kena keluarkan dan buang. Lepas tu masukkan pek/bekas sampah baru.

Fuhh, aku punya Roborock ni takde kelebihan tu.

Tiap hari aku kena buka bekas sampah dia dan buang. Kadang-kadang lupa, so tengok lantai macam tak berapa cuci. Sekali buka tengok dah padat gila bekas sampah dia tu. Yelah kecik jer kan.

Banyak ciri yang aku rasa Roborock aku ni lagi bagus, tapi bab buang sampah sendiri ni memang tewas teruk robot aku ni.

So, aku tengah belek-belek, baca review dan nampaknya macam best sangat ni. So nak ambik satu lah letak kat atas. Malas nak usung naik turun. Biar ada 2 bibik, satu kat atas satu kat bawah.

Tapi next time kalau ada robot yang boleh panjat tangga sendiri pasti aku sambar satu.

Ecovacs Deebot T9 tengah sales sekarang ni dalam seribu lebih jer.

https://shp.ee/maw7nnk

Kalau kau ada bajet, kau nak robot yang best dan berbaloi yang buat kau senyum tiap hari bangun tidur, maka Deebot Ecovacs T9 ni mungkin pilihan yang palin murah yang kau ada.

Aku belum cuba okeh.

Dah masuk cart, tunggu nak checkout sahaja.
Istikharah dulu malam ni.

Ehh, macam nak pilih jodoh pulak.

#superdaddy

https://www.facebook.com/729777276/videos/10159353743462277/
Share

Blog  / Gadgets  / Lifestyle  / Peoples  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved