https://www.facebook.com/khairul.m.abdullah/videos/10158262319267277/
Okay, tiap tahun puasa aku kena upload balik video roti jala aku ni. Magic dia start pada minit ke 2:00.
Orang bujang atau baru berjinak nak belajar memasak, ini resepi mudah untuk korang.
Bahan-bahan:
– 150gm atau 1 cawan tepung gandum
– 1biji telur.
– 75ml air
– 75ml susu segar atau boleh digantikan dengan santan
– 3 sudu mentega cair
– Secubit garam
– Secubit serbuk kunyit / atau pewarna kuning
Cara nak buat:
Masukkan susu, air, telur, garam dan kunyit atau pewarna berseta mentega cair tadi ke dalam blender dan blend seketika dan kemudian masukkan tepung dan blend lagi sehingga sebati.
Tapiskan adunan dan masukkan ke dalam acuan. Boleh gunakan botol minuman air mineral yg ditebuk penutupnya seperti saya sekiranya tiada acuan.
Panaskan kuali leper, atau non stick pan dan sapukan sedikit minyak.
Kiraikan di atas kuali leper. Apabila roti kelihatan kekuningan dan agak garing boleh gulung dan hidangkan.
Sekian.







Leave A Reply