• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Russell Taylors Digital Air Fryer

06/05/2021

Tadi lepas subuh sembang dengan mak.

Cerita macam-macam lah. Semestinya pasal juadah, masak apa, makan apa. Mak dengan abah kat rumah makan dah tak macam dulu. Banyak makan benda yang rebus-rebus dan bakar sahaja. Yelah umur dan 70 lebih, makan sekadar perlu dan yang sihat-sihat sahaja.

Dulu aku belikan mak air-fryer, sebab abah suka makan benda yang bakar dan rebus. Tak suka yang bergoreng. Jadi menatang air-fryer ni sangatlah berguna bila nak bakar ayam atau ikan. Mak dah tak larat naik main api dah. So benda ni memudahkan dia.

Namun aku sendiri takde benda alah air-fryer ni tau.

Sebenarnya aku tak banyak gajet di dapur. Yang ada pun tak terguna, masih memasak secara tradisi atas kuali dan api. Oven adalah buat nak bakar itu dan ini.

Tapi dok tengok orang masak resipi best-best guna air-fryer ni, aku tetiba macam teringin balik.

Lalu, berShopee pee pee pee lah aku di awal pagi.

So far, brand Russel Taylor ni yang paling ngetop. Murah dan bagus. Review semua best jer. Tengok tadi ada pulak design baru yang lawa gila. Aku pun tergoda.

Haishhh.

Kau tak tergoda ke? Yang nak hadiahkan pada mak sempena Mother’s Day Ahad nanti, elok sangat dah ni.

https://shp.ee/kdakwbr
https://shp.ee/kdakwbr
https://shp.ee/kdakwbr

Suami yang nak isteri sayang ketat-ketat, eloklah kau beli benda alah ni bagi hadiah sempena Mother’s Day weekend ni. Bukan setakat bini sayang, makan pun lebih sihat dan lazat.

Aku beli untuk diri sendiri je lah, unless kau nak hadiahkan.

Adakah juadah di pagi raya nanti lebih best, cepat dan sedap serta sihat dan berkhasiat dengannya?

Entahlah.

Yang pastinya, akan gembira dan bahagia jika

Denganku.

#superdaddy

P/s: Yang dalam gambar tu adalah “Oven Air-Fryer”, aku berkenan tapi habis stok pulak.

Share

Blog  / Cooks  / Foods  / Gadgets  / Lifestyle  / Peoples  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved