Esok nak sekolah dah. Hari tu ada balik kampung, ada pergi tidur KL bagai so sebelum masuk sekolah nak make sure depa semua sihat.
Takut nanti terbawa virus ke sekolah pulak.
So kami test semua 4 beranak. Dimulakan dengan yang paling kecil sehingga yang paling besar. Kenapa si baby tu dulu, sebab dia volunteer untuk jadi yang first kena jolok tekak dan hidung.
Semua bagi kerjasama walaupun ada yang menangis bila kena jolok masuk hidung tu.
Test kit Salixium tu RM7.58 sahaja, aku beli di sini: https://shp.ee/qi3phim
Alhamdulillah, kami semua negatif. Takut juga bila aku tengok anak macam ada batuk-batuk kecil, aku pun rasa macam tak sedap tekak jer. Mungkin sebab cuaca panas kot.
Apapun, esok boleh pergi sekolah dan office dengan tenang tanpa rasa ragu dan bersalah. Takut juga jadi orang yang menyebar covid ni.
Korang, kalau rasa tak sedap badan tu buatlah test yer. Semoga semuanya baik-baik sahaja.
Take care everyone.