• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Saman Trafik di Jerman

01/09/2016

Kenderaan anda kehabisan minyak lalu anda terpaksa berhenti di tepi lebuhraya – di Jerman, anda akan disaman.

Anda hanya boleh atau dibenarkan berhenti di tepi lebuhraya (bahu jalan/lorong kecemasan)sekiranya kenderaan anda rosak sahaja. Berhenti selain dari sebab kenderaan rosak termasuk kehabisan minyak menyebabkan anda disaman sebanyak €70 (RM318).

Kenderaan yang rosak tidak dapat dijangka namun kehabisan minyak adalah perkara atau risiko yang anda ambil kerana sudah mengetahuinya. Jadi anda disaman.

Anda juga akan disaman sekiranya tidak memakai seatbelt ketika berada di dalam bas. Yer, naik bas pun wajib pakai seatbelt. Kalau ada pemeriksaan dan didapati anda tidak memakainya maka saman sebanyak €30 (RM135).

Anda menggunakan telefon bimbit ketika berbasikal juga akan kena saman €25 (RM115) , apatah lagi ketika memandu, kena saman €60 (RM275) dan ditolak mata kejara.

Langgar lampu merah adalah kesalahan yang dikenakan saman antara yang paling banyak dan turut digantung lesen memandu selama sebulan. Saman adalah di antara €90 – €360 (RM410 – RM1,640) serta ditolak mata dan digantung lesen.

Bawak anak di dalam kenderaan termasuk di dalam bas namun pakai seatbelt tetapi tanpa “childseat” yang sesuai juga akan disaman sebanyak €30. Tak pakai seatbelt dan carseat kena saman sekitar €70 (RM320).

Awak cucuk bontot kereta orang dekat-dekat pun kena saman tau dak? Ada kamera mengawasi pemanduan anda di sepanjang lebuhraya. Kalau didapati bersalah maka saman akan dikenakan sehinggalah €400 (RM1,820).

Saman paling tinggi dikenakan kepada yang memandu melebihi had laju ditetapkan. Jika memandu melebihi 70kmj, contohnya memandu 165kmj di kawasan 90kmj maka anda akan disaman sebanyak €680 (RM3,100) dan digantung lesen selama 3 bulan.

Banyak lagi kesalahan lain seperti tayar botak, nombor plate ditampal sticker atau sebagainya yang membuatkannya sukar dibaca, potong di lorang kecemasan, tak bagi signal pun di saman juga.

Macam-macam benda semuanya nak disaman bhaii. Itu baru cerita pasal di atas jalan, belum cerita pasal kena saman dalam rumah sebab bising dan sebagainya.

Kita beruntung.

Kalau ada nak saman apa-apa kita bersatu dan menghalang dengan berdemo atau minta tolong wakil rakyat kita usulkan agar jangan adakan saman bodoh-bodoh macam tu. Semua nak makan duit rakyat sahaja.

Kesalahan trafik kita pejam mata sahaja, yang mati atas jalan ramai-ramai tu pun dah ajal masing-masing.

Yang penting, kita redha.

Untunglah, Malaysia masih aman.

If you know what I mean.

Share

Believe It or Not  / Blog  / Experience  / Guides  / Peoples  / Places  / Travels

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.

Leave A Reply


Leave a Reply Cancel reply

You must be logged in to post a comment.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved