Baru ni saya ada kongsikan tentang sekolah agama di Gurun yang perlukan dana untuk buat surau baru.
Alhamdulillah kerja pembinaan dah mula dijalankan. Tetapi masih perlukan lagi dana sumbangan wakaf dari kalian semua.
Hari ini hari Jumaat. Ulama tersohor dunia, Ibnu Qayyim pernah berkata, “Sedekah pada hari Jumaat itu lebih utama berbanding sedekah pada enam hari lainnya seumpama bersedekah pada bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan lainnya.”
Jadi, jom kita rebut peluang wakaf sedekah untuk dana surau baru Sekolah Rendah Agama Al-Akhlak Al-Islamiah (Sekolah Integrasi Faizin).
Mereka sedang mencari 30,000 dermawan yang boleh wakaf hanya RM10 sahaja. Tak rugi kita derma, insyaAllah akan tambah rezeki lagi.
Sumbangan boleh diwakafkan atas nama sendiri atau mak ayah datuk nenek dan keluarga yang masih hidup ataupun dah meninggal dunia. Wakaf lebih dari satu lot dialu-alukan.
Kalian boleh buat sumbangan melalui:
Bank : BANK RAKYAT
Nama : SEKOLAH RENDAH AGAMA AL-AKHLAK AL-ISLAMIAH
No. Akaun : 1106 5100 1625
Email : surau.sra.faizin.gurun@gmail.com
Alamat Sekolah:
Sekolah Rendah Agama Al-Akhlak Al-Islamiah
(Sekolah Integrasi Faizin)
Guar Chempedak,
08800 Gurun, Kedah
PS. Kongsikan posting ni pun insyaAllah akan dikira sebagai wakaf amal jariah kita. Terima kasih.
Leave A Reply