• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Selamat Hari Bapa

19/06/2021

Aku ni nak buat assignment. Ada 2 lagi belum settle. Esok ada kelas sepanjang hari, nak kena submit assignment dan ada yang nak kena present pulak tu.

Budak bertiga ni masih belum nak tidur.
Melompat menjerit, bertumbuk dan menangis.

Dan ulang dan ulang dan ulang lagi. Aku nak taip satu dua perkataan pun terbantut jadinya. Kalau aku tidurkan depa, dengan aku sekali jalan terus. Dah bangun pagi esok menggelabah assignment tak siap.

Namun, so far rekod aku belum pernah tak siap lagi assignment walaupun last minute. Lalu aku tersedar yang aku ni bapak yang kacak merangkap student yang handal, setakat 2 assignment tu sap sap soi jer kata orang Melaka.

Lagipun esok Hari Bapa.

Apa gunanya aku mengadap komputer ni berbanding join budak bertiga tu bertumbuk ye tak? So, aku taip status ni cepat-cepat dan aku nak bergusti dengan depa.

Biar semuanya tidur dengan letih dan gembira.

Kalau mak depa ada ni, sudah pasti esok hari bahagia aku. Dirai dengan masakan yang sedap-sedap, dapat hadiah dari anak-anak dan mak dia, walaupun aku dah pesan aku taknak apa-apa.

Cukuplah dengan nasi daging, ayaq asam ekstra masam dan air sirap laici. Paling penting adalah peluk cium dari anak-anak dan isteri tercinta.

Sudah cukup bahagianya.

Cukup segalanya.
.
Jeda.
.

Selamat Hari Bapa buat ayah, abah, walid, baba, daddy semua.

Walaupun beras kita beli, namun nasi tidak sesedap rasanya tanpa kehadiran wanita.

Bahagiakanlah mereka, walaupun esok adalah hari kita.

#superdaddy

Share

Blog  / Experience  / Nostalgia  / Parenting

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved