• Home
  • About
  • Tips Kembara
  • Resepi
  • Facebook
  • Contact

Selamat Tilam Aku Bila Ada Protector

16/04/2022

“Khaleef, bangun, semua basah ni. Go clean up.”

Dia pun bangun, buka seluar dan baju.

“I’m sorry daddy. I didn’t mean to.”

“Its ok, clean yourself ok. I’ll change a new bedsheet.”

Begitulah.

Sesekali dia akan terkencing tanpa dia sedar. Aku perasan tiap kali kalau mood dia kurang baik, stress, terlebih penat dia kencing tilam.

It’s ok. Tilam ada protector, aku just basuh sahaja cadar dan protector tu. No biggies.

Tapi sebenarnya aku bersyukur sebab dia dah tak pakai pampers.

Yer umur 8 tahun lebih baru stop pakai pampers ni. Aku mulanya susah hati, tapi bila ramai anak autism rupanya hadapi masalah yang sama maka aku takde lah rasa looser sangat sebab tak pandai toilet train dia.

Dari umur 4 tahun lebih aku dah cuba tapi gagal. Umur 6 tahun dia dah boleh kencing di toilet, tetapi nak berak tetap dia nak pampers. Dah masuk sekolah memang tak pakai pampers. Cuma balik sekolah dia kan kelam kabut cari pampers sebab nak berak.

Macam-macm cara aku cuba tapi tak berjaya. Di suka pakai pampers sebab dia dapat berak dalam bilik di belakang curtain. Entah apa yang best kat belakang curtain tu aku pun tak tahu.

Once adik bongsu dia Khaleed dah stop pakai pampers maka aku dah tak beli langsung. So takde stok pampers dalam rumah untuk dia curi-curi pakai bila nak berak dan end-up dia terpaksa juga berak di toilet. Dah itu jer penyelesaiannya. Mudah jer pun.

So selesailah isu tu.

Cuma isu kencing tilam ni sukar sikit nak kawal. Bukan kerap pun, sesekali sahaja. So, its ok.

So mak ayah yang anak autistik dia masih belum berjaya diaper-free tu cer cuba tak payah beli tengok. Biar takde stok pampers dalam rumah. Mana tau kot-kot berjaya macam anak aku ni.
Bagi mak ayah yang anak masih kencing tilam, boleh guna matress protector macam aku ni: https://shope.ee/8emsGbcHfk
#superdaddy

Share

Blog  / Lifestyle  / Parenting  / Peoples  / Websites

Khairul Abdullah
Seorang suami yang hensem dan ayah yang kool. Menulis adalah kerja sepenuh masa dan mengembara adalah minat yang dipupuk sekian lama. Ikuti cerita-cerita lain yang sedap dan juga mengancam di Facebook Page beliau.



    • Beli TV Online Tanpa Kecewa
    • DIY Kolam Ikan Dengan Shopee
    • Kenapa beg sekolah anak aku berat?
    • Aku dah hantar dia ke sekolah yang betul
    • Birthday KA dan KA
  • My Gallery

© Copyright Khairul Abdullah 2022. All rights reserved