Rutin biasa ke HUKM untuk terapi budak kecil ni.
Bagi yang baru follow aku, nak habaq kat hampa yang anak bongsu aku ni ada kondisi yang dipanggil “Selective Mutism” atau bahasa Keyell kita panggil “Bisu Terpilih.”
Selective Mutism ni adalah keadaan di mana anak-anak sangat petah bercakap di rumah bersama keluarga tetapi di sekolah dan dengan orang luar dia membisu.
Yer bisu terus, nak dengar suara pun payah atau almost impossible, apatah lagi sepatah perkataan. Paling kuat dia cuma angguk atau geleng sahaja.
Kondisi ini menyukarkan persekolahan dia. Jadi sebelum dia masuk darjah satu, aku cuba dapatkan bantuan dan rawatan.
Psychiatrist dah diagnosed dia 4 bulan lepas, so sekarang ni aku kena bawa dia untuk terapi. Alhamdulillah ada perkembangan. Cikgu dah mula dengar suara dia di sekolah. Dah boleh baca dan mengeluarkan suara.
Bunyi suara kat sekolah tu nampak kecil bagi setengah orang, bagi anak aku ni kira another milestone juga. “Achievement unlocked” kata orang Benut.
Doktor kata banyak kes “selective mutism” ni berlanjutan sampai dewasa kalau tak dapatkan rawatan awal.
Cikgu-cikgu mesti banyak pengalam dengan student begini. Ramai jer kan murid cikgu yang bisu kat sekolah tapi mak ayah depa bagitau kemain riuh bercakap di rumah. Itulah selective mutism.
Mohon mak ayah dan cikgu cakna pasal kondisi anak-anak begini. Taknak anak-anak rugi masa kecil dia sebab tak bercakap, terlepas hubungan sosial dengan rakan sebaya, cikgu pun sukar nak menilai pencapaian anak-anak begini.
Kalau anak ada simptom yang taknak bercakap langsung di sekolah atau dengan orang lain selain mak ayah dan adik beradik dia, bawalah berjumpa psikiatrist kanak-kanak di hospital berdekatan. Anak-anak seawal 2-4 tahun dah boleh didiagnos dengan kondisi ini.
Selective Mutism dan Speech Delay adalah dua kondisi yang berbeza yer. Tak sama langsung.
Selective mutism ni dia boleh dan sangat petah bercakap, cuma dia memilih untuk tidak bercakap. Biasanya berpunca dari anxiety atau trauma.
Manakala speech delay pula dia tak boleh dan lambat bercakap, hanya sebut perkataan, sukar buat ayat. Punca-punca dia pula adalah seperti mental retardation, hearing loss, expressive language disorder, psychosocial deprivation, autism, elective mutism, receptive aphasia and cerebral palsy.
Jumpalah pakar dan bantulah anak kita.
Jangan take too long, jangan in denial, jangan ingat normal sebab anak pemalu, introvert dan sebagainya. Jumpa pakar dahulu untuk kesan puncanya.
Semoga Allah permudahkan urusan anak-anak istimewa kita ini.
Aamiin.






