![]() |
| Syed Mohamad Asri atau Shy8 atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha |
Kehadiran Shy8 atau Usop Wilcha pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 ABPBH2010 bersama Johan (Abi Hurairah) bagi mengumumkan pemenang Anugerah Bintang Paling Popular 2010 telah menggamatkan suasana seluruh dewan Arena of Stars Genting Highlands. Gelagat Usop Wilcha dan Abi Hurairah sangat mencuit hati penonton apatah lagi dengan trademark Usop yang melambai tangan hinggakan hampir keseluruhan artis meniru gaya beliau semasa di pentas. Apa-apa pun gimik penutup ABPBH2010 semalam adalah yang terbaik dan sangat menghiburkan biarpun ramai yang kurang senang dengan telatah Kak Engku yang agak kecoh pada waktu tersebut.
Jom tengok video dibawah ni sewaktu pengumuman juara ABPBH2010 tersebut.
Siapakah Usop Wilcha??
Usop Wilcha (wheelchair) adalah watak di dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah iaitu bekas penari kebudayaan yang masih terbawa-bawa kelembutannya tetapi kakinya lumpuh selepas digilis dengan mesin pembajak padi sehingga dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak. Tidak padan dengan kakinya yang lumpuh itu, mulutnya pula ‘jahat’ selain pada masa ‘syok’ pula dengan Hussin lakonan Awie. Melucukan ketika dikejar hantu, kaki yang lumpuh jadi elok dan boleh pula mengangkat kerusi roda.
Sebenarnya, watak itu sudah diperkenalkan oleh Mamat Khalid menerusi filem Zombi Kampung Pisang. Populariti atau watak lembut Yusop itu lebih menonjol daripada nama sebenarnya iaitu Syed Mohamad Asri atau Shy8.
Petikan : Berita Harian Online
Berikut adalah lagu asal “Soley Soley” nyanyian kumpulan “Middle of The Road” pada tahun 1971.
Tadi jam 8.00pagi secara langsung di Hot Fm, Usop menjawab pelbagai soalan dan yang paling penting katanya, filem yang melibatkan watak Usop akan diterbitkan lagi.
Sama-samalah kita nantikan. Adakah kali ini ia akan terus mempopularkan Usop? Entahlah…I dont Know.








Leave A Reply