Sudah hampir seminggu lebih ada seseorang yang sering tag abam di Twitter. Orang tu marah-marah pasal servis LRT yang teruk katanya sejak diperkenalkan sistem baru.
Tren selalu lambat, kalau dah sampai pula tren terlalu padat sampai tak boleh nak masuk dan terpaksa tunggu tren lain yang sangat lambat.
Akhirnya beliau lambat ke pejabat.
Perkara tersebut berlaku terlalu kerap maka beliau pun naik angin di Twitter dan tag LRT, KhairyKJ dan juga abam.
Terkesima juga kenapa abam di tag bersama KJ. Abam ni jauh taraf dengan abam menteri tu. Apa motifnya pun abam tak tau.
Pikir-pikir balik mungkin dia nak abam tulis kot pasal ni. Kenapa LRT tukar sistem baru dan naikkan harga tiket namun servis pula semakin teruk dan terkebelakang.
Abam susah juga nak tulis pasal ni sebab abam tak naik LRT. Abam naik sekali sekala saja jadi tidak adil pula untuk abam tulis dan “bash” LRT akibat dari ketidakpuasan hati seseorang.
Kalau di Jerman memang abam pengguna tetap tren bawah tanah yang dipanggil Ubahn. Tren ni sangat tepat masa ketibaannya. Kekerapan tren pula adalah sekitar 2 minit pada waktu puncak dan 7 minit di sebelah malam.
Servisnya sangatlah effisien dan jarang sekali lambat, kecuali ada faktor-faktor tertentu. Pengguna juga boleh muat turun applikasi telefon pintar untuk mendapat maklumat tentang jadual tren, notis-notis kelewatan, pembatalan dan sebagainya. Boleh juga beli tiket menggunakan apps tersebut.
Jadi sekiranya ada perubahan jadual perjalanan atau ada tren yang tergendala atau bakal lewat, applikasi telefon akan memberi notis kepada pengguna.
Setiap beberapa bulan sekali sistem keretapi ini akan terhenti akibat mogok dari pekerja. Namun biasanya notis telah diberikan kepada pengguna beberapa lebih awal agar pengguna dapat merancang kembali perjalanan mereka.
Abam yakin sistem keretapi di Malaysia di dalam proses untuk menjadi setanding dengan negara maju. Mungkin perlukan sedikit masa untuk menjadi lebih cekap dan effisien.
Penumpang atau pengguna pun perlu ubah sikap juga yer. Jangan buat perangai jamban. Bersopanlah ketika menunggu dan menaiki tren, jangan berebut-rebut, bertolak-tolak dan menganggu kelancaran perkhidmatan tren.
Namun abam rasa takkan dah naik harga tiket dan tren setiap hari lewat, padat dan sesak kan? Kalau dah setiap hari lambat ke pejabat, pengguna mana yang tidak mengamuk kan?
Lepas ni harap Rapid KL ikut sistem Jepunlah, kalau tren lambat atau tergendala maka berikan “Sijil Kelambatan” kepada pengguna untuk dibuktikan kepada majikan yang kelewatan mereka adalah berpunca dari tren tersebut.
Boleh ke?
ENTAHLAH, I dont know.







Leave A Reply